Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Man ini. Blog Ini telah wujud pada bulan May 2011 dengan hanya mengunakan platform WordPress.com. Setelah lebih kurang dua bulan menggunakan platform WordPress.com yang disediakan secara percuma, Man berpindah ke self-hosted pada bulan Julai.
Walaupun tiada sokongan moral dari orang sekelilingan Man, Man tetap berani untuk mengelolakan sendiri blog ini dengan bantuan rakan maya yang sedia membantu. Doakan agar kita akan dipertemukan satu hari nanti, Amin. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui bila kita menjadi host pada blog kita sendiri. Man pernah down seketika satu ketika dahulu disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakan.
Bagi penulisan dalam blog ini, keseluruhannya Man sendiri yang tulis tentang apa yang Man fikir dan menarik untuk dikongsikan bersama. Copy & paste? Ya memang tidak dinafikan bahawa Man ada juga copy dan paste. TETAPI, Man sendiri akan ubah untuk bawa kelainan untuk dipersembahkan kepada pembaca.
Man berasal dari Estat Renggam 3, Kluang, Johor. Umur yang masih muda dan masih banyak ilmu yang belum diperolehi. Dengan wujudnya blog ini, Man harap kita semua dapat bertukar-tukar idea untuk memajukan hidup kita semua kesatu tahap yang lebih cemerlang, insyAllah.

mcmana nk follow ko?
saya guna Subscribe je..
teruskan blogging…=)
terima kasih.
xsemua bnda bermula dengan mudah……….have faith in HIM..insyaALLAH…….
Wah, seronok dapat berkenalan dengan owner suka cuka.
Teruskan blogging ya, nanti ada event blogger, datanglah ya. Boleh kita meet.