Bila dilihat balik entri Man dalam blog ni, rupanya semalam Man lupa untuk update blog. Pada mulanya Man ingat Man dan post satu entri pada awal pagi tapi bila ingat balik, rupanya itu pada hari sebelumnya. So sesunyianlah blog ni tanpa sebarang update. Hari ini, dah masuk hari ke-14 kita berada didalam bulan Ramadan. Ada yang bocor tak? Harap tak de lagi tu.Hari ini Man nak kongsikan tentang apa yang Man baca iaitu cara makan mengikut Sunah Nabi. Kalau Man ada tersilap tulis ke apa, harap boleh betulkan ye.
- Cara duduk ketika makan seolah-olah hendak berlari. Kalau orang melayu bersila dan macam-macam ber lagi kan. Kalau ikut cara duduk untuk makan yang digunakan Nabi ni, laki perempuan boleh buat. Cuba kita fikir, kalau Nabi suruh kita bersila, pasti kaum hawa akan mengalami sedikit kesusahan.
- Basuh kedua-dua tangan dan berkumur. InsyAllah Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang sebelum kita pergi buat selamanya nanti.
- Makan menggunakan tangan. Sayang sungguh Nabi kepada umatnya. Nabi takut ada dikalangan umatnya yang tidak mampu untuk membeli sudu dan garfu, maka Nabi menggunakan tangan. Bukan itu sahaja, kalau Nabi menggunakan sudu dan garfu, mungkin ada perbalahan tentang material peralatan tersebut.
- Baca doa. Bila nampak makanan, bacalah Allahumma baariklana……… hingga habis dan bila hendak menyuapkan makanan kedalam mulut, bacalah Bismillahiwa’ala barokatillah
- Menggunakan 3 jari. Ada orang cakap kalau 3 jari mana kenyang. Korang ada tengok orang cina makan? dorang guna penyepit kayu boleh habis nasi satu periuk tau tak.
- Minum air menggunakan tangan kanan. Walaupun nanti akan ada suara-suara sumbang yang cakap korang pengotor, percayalah Sunah Nabi ada kebaikanya.
- Jilat jari. Nabi bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.
- Makan secara beramai-ramai dan berhenti makan sebelum kenyang.
InsyaAllah lepas ni kita semua dapat 2 nikmat, nikmat kenyang dan nikmat pahala.
emm..3 jari susah sikit maa. saiz jari kita dengan orang zaman nabi kan berbeza..
boleh dipraktikan..belum terlambat lagi..
yup.masih belum terlambat. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Hehehe..aku suka juga jilat jari lepas makan ni..emm cantik gambar tu man..so kiut…hahaha
hehe..penambah selera untuk makan. =)
sy suka jilat jari habis makan..apalagi kalau makanan tu sedap
Boleh nyatakan cara nabi menjilat jari tak? mula dengan ibu jari dulu ke?