Penjenamaan semula

Penjenamaan Semula

Setelah berkira-kira lebih kurang 2 bulan, akhirnya aku telah buat penjenamaan semula keatas email aku. Email yang aku gunakan sebelum ni dah nak hampir 4 tahun aku gunakan. Ramai yang bising kenapa panjang sangat email kau ni ditambah pula aku gunakan perkataan yang sedikit mengarut dekat email aku. Dan akhirnya 2 3 hari yang lepas, aku buat satu email yang akan gunakan untuk pelbagai urusan rasmi dan juga yang tidak rasmi.

Kalau sebelum ini aku gunakan Yahoo, tapi kini aku gunakan Gmail dan ternyata ianya lebih mudah dan pantas. Tapi bila guna email baru ni, timbul pula masalahnya. Ianya berkaitan Google dan Blog aku ni. Aku harap Pakcik Google tak merajuk sebab aku tukar email secara tiba-tiba dan aku harap cepat-cepatlah Pakcik Google indexkan setiap entri aku dekat laman dorang.

Lagi satu masalah yang aku hadapi ialah berkaitan Google Reader. Entah kenapa ada blog yang aku subscribe Pakcik Google ni tak update. Boleh pula di tunjuk entri blog korang yang dah berbulan lamanya. Kalau korang pakar pasal Google Reader ni, minta tolong ajar hamba yang hina ini boleh? Nanti aku suruhlah Pakcik Berkumis Comel ni belanja Ais Krim Baskin.

Last sekali, dengan adanya email baru ni, aku pun buatlah akaun Facebook yang baru dan yang lebih teratur. Akaun Facebook aku yang lama  aku try nak tukar nama, dorang tak bagi pula, menyirap pula aku dibuatnya. Jemput add aku ye. Nanti bolehlah kita beramah mesra. hehehe

 

Jangan lupa tengok yang ini pula

11 thoughts on “Penjenamaan Semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>