Lee Chong Wei

Penangan Lee Chong Wei

Aku tau ramai yang terkilan atas berita yang kita semua sedia maklum iaitu kekalahan Datuk Lee Chong Wei keatas Lin Dan malam tadi. Aku sempat tengok set ke-2 je sebab waktu kerjalah katakan. Walaupun tewas, Chong Wei tetap menerima pujian yang meninggi bak Gunung Ledang atas semangatnya. Kalau sebelum ni kita tengok Chong Wei lawan Lin Dan kalau dah masuk set ke-3, mesti kiraan mata sangat mudah. Tapi tak pada perlawanan malam tadi. Kiraan mata untuk set ke-3 malam tadi tak lari jauh. Sangat sengit!

Orang Politik Minta Kaki

Dalam juatan ucapan syabas yang dilontarkan kepada Chong Wei, ada juga orang politik yang goblok nak menyelit bak mat rempit lari dari sekatan jalan raya. Aku tak paham dengan pemikiran orang politik. Janganlah sukan pun nak dipolitikan gak. Cukuplah korang dah politikan kain, kedai dan macam-macam lagi. Tak kanlah sukan pun nak politikan gak!

Hadiah Kalau Menang Emas

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa hadiah yang Chong Wei dapat kalau menang perlawanan semalam kan.

  1. RM2 Juta : Jongkong emas seberat 12.5kg dari KLRC.
  2. RM1 Juta : Kerajaan bagi. Kalau aku dapat, aku belanja korang makan cendol.
  3. RM5000 : Pencen bulanan dari kerajaan. Boleh buat hias rumah untuk raya nanti (sangat jeles)
  4. RM1 Juta : Syarikat perabot 3V Holdings Sdn Bhd. Boleh penuhlah perabot kat rumah buat raya nanti.
  5. RM100,000 : Telekon Malaysia Berhad.
  6. RM500,000 : Persatuan Badminton Malaysia.

Tu belum masuk lain-lain sumbangan lagi. Kira ok lah kan ganjaran ni sebab Malaysia masih belum pernah perolehi emas dalam Olimpik lagi. Harap korang jangan jeles ok.

Masalah Pemain Pelapis

Apa perlu kita semua risaukan sekaran ni adalah mencari pemain pelapis secepat yang mungkin. Kalau dilihat secara kasar, tiada pemain pelapis yang mampu memberi cabaran diperingkat dunia. Kalau China, dorang ada Chen Long dan Chen Jin manakala Indonesia pula ada Simon Santoso tapi Malaysia macam mana? Aku dulu pernah wakil sekolah dalam sukan badminton, tu pun dapat no 3 je. Yang no 1 dan no 2 tu kemana tah, senyap terus.

Akhir sekali aku cukup tabik dengan Lin Dan. Walaupun dia selalu lawan Chong Wei, dia tetap bersaingan yang cukup padu. Bagi aku, lawan Lin Dan hanya Taufik Hidayat dari Indonesia. Mungkinkah Chong Wei selepas ini?

Laman Baskin Robbins Digodam

Dengar cerita yang laman web Baskin Robbins telah dimasukan satu file. File apa? tengok gambar diatas. Ni mesti selalu makan ais krim Baskin sebab tu sampai sanggup nak hack bagai. -Gambar-

Jangan lupa tengok yang ini pula

26 thoughts on “Penangan Lee Chong Wei

  1. puanbee

    Apa yang tk politik sekrang , TV , TWITTER , ARTIS , SURAT KHABAR , IKLAN , LAGU NEGARA , LOGO MERDEKA , KEDAI KAIN , PASAR RAKYAT .. semua telah dipolitikan ai BOSAN ..

    Reply
    1. keretahitam

      Salam tn admin, saya sokong kak bee kalau ada cerita dalam kain pun diorang pun nak politikkan juga…dah nama bangkang…
      Apapun tahniah kepada Datuk LCW.Syabas!

      Reply
  2. titan

    taufik bukan lawan lin dan dah wehh..chong wei aje yang leh kalahkan lin dan sekarang..payah dah kalau 2 orang ni takde..kalau lin dan pun bersara..chen jin dengan cheng lon g ajelah main kat atas berdua..

    Reply
  3. Hafizul

    Apa boleh buat..diri sendiri je la yang menilai..lain orang lain bau mulutnya..hahaha..anyway, bg aku LCW bermain dengan penuh semangat..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>