Dari Aisyah r.ha berkata: “Rasulullah s.a.w menikahiku pada bulan Syawal, dan aku memulai hidup bersama beliau juga pada bulan Syawal. Maka siapakah diantara isteri-isteri beliau yang lebih beruntung dari pada aku?”

Beruntungnya Aisyah kerana dinikahi Rasulluah s.a.w pada bulan Syawal. Kalau ada rezeki, aku pun nak menikahi permaisuri hati ku pada bulan syawal. Insya’Allah, ada kebaikan sebalik apa yang dilakukan.
Semalam, bersamaan 5 Syawal 1433 Hijriah, Husna Zahry sah menjadi milik Don Daniyal Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don,28. Kedua mempelai ini selamat dinikahkan di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Aku suka sangat suasana majlis pernikahan Ustaz Don. Sederhana sangat. Insya’Allah aku gak akan menlangsungkan majlis perkahwinan aku secara sederhana. Amin. Semoga segala urusan berjalan lancar.
Bak kata Ustaz Don, tak perlu siaran langsung ataupun liputan secara besar-besaran. Yang penting, adalah pengisian selepas berkahwin untuk menuju ke Syurga yang lebih indah. Aku cukup setuju dengan apa yang Ustaz katakan. =)
Siapa yang nak sehidup dan semati dengan aku? Kita buat kenduri doa selamat je tau. Tak nak lebih-lebih.
setuju aku..sepatut inilah dijadikan cth terbaik utk semua
sama cantik dan sama padan..hehe
bersederhana jer..tahniah utk ustaz don
yg penting jangan lengahkan solat..waktu kenduri solat tu yang sllu dilngahkan.. =) tahniah jugak utk beliau.. =)
hahaha..kenduri doa selamat???biar betul man..kalau ada perempuan yang sanggup terima memang perempuan tu syg giler2 kat man..hehe
mmg tu yang man fikirkan. Tapi tak taulah pihak perempuan sanggup ke tak.