Hari ni merupakan hari yang ke-7 kita meraihkan bulan yang penuh dengan keriangan ini. Hari ini gak lah jalan raya penuh sesak dengan kenderaan yang pulang ke rumah masing-masing. Maklumlah, hari isnin depan dah kena masuk kerja semula. Tak kan cuti seminggu tak cukup lagi kot. Kalau nak cuti selamanya, baik berhenti terus macam aku ni ha. hehe
Kali ini aku nak membebel pasal kiri atau kanan. Kalau sebelum ni aku dah membebel pasal lurus dan rapatkan saf, Alhamdulillah ramai yang perasan apa yang cuba aku sampaikan. Kiri atau kanan ni berkaitan langkah yang perlu kita utamakan bila melanggakah ke sesuatu tempat yang dituju.
Nampak mudah pasal perkara ni, tapi ramai yang tak amik kesah. Pertama sekali aku nak membebel pasal masuk tandas. Kalau masuk tandas, guna kaki kiri dulu. Dan bila keluar, gunalah kaki kanan. Sila ambil perhatian, kiri merupakan lambang kejahatan, kegagalan dan kemurkaan Allah.
Yang ke-2, penggunaan kaki kanan. Kalau nak masuk masjid/surau dan sebagainya, gunalah kaki kanan dan keluar kaki kiri. Bukan susah pun. Ni aku tengok, ramai yang main redah je. Bukan susah pun nak buat pahala ni. Tapi kita je yang sombong tak buat.
Ok, aku nak bersiram dulu. Kepada yang nak balik kampung malam ni, aku doa kan keselamatan dorang korang dan korang perlu doakan keselamatan saudara kita yang sedang berperang di Palestin sana. Amin.
bukan tak ambil kisah, jauh sekali main redah, tapi selalunya terlupa… he he he. Peringatan yang baik buat yang sering terlupa, macam saya
thanks sebab mengingatkan bro
tugas kita bro untuk saling ingat mengingati.
Ramai yang tahu, tapi terlupa nak praktikkan. Almaklumlah, banyak benda yang sedang difikirkan. Hehe.
benda yang difikirkan tu semuanya duniawi. =)
ramai yang tahu, tapi wat-wat lupa.
tau tak pe.. boleh latih dari sekarang.
hahaha..kalau nak pergi jalan kat rumah jiran tu langkah jer kaki kiri dulu..agar tak de la dapat makan free bila tiba dirumah jiran nanti..muahahaha…layan jem ke tu?
kene biasakan langkah kiri atau kanan dulu..
jangan main redah je ye. =)
Salam.
Praktis make it perfect….
Apabila kita sudah biasa, nanti secara automatik kita akan buat semua tu kan?
betul tu. =)
biasakan dimulakan dgn kanan insyallah berkat hehehe
amin..
kiri kanan jem