Bila aku buat tajuk macam ni, harap korang tak labelkan aku sebagai GAY terhangat dipasaran pula ye. Aku suka dekat perempuan tau. Jangan pikir yang bukan ye. Tapi sebelum aku bercerita lebih lanjut pasal Azizulhasni Awang ni, aku nak jemput korang semua baca 5 Tips Mudah Untuk Blogging yang dikarang khas oleh empunya blog Namiacinta.com.
Malam tadi Azizul telah bertanding dalam peringkat akhir keirin Olimpik 2012. Aku tengok dari mula lagi perlumbaan tu. Berdebar-debar lar gak hati ni. Dari 8 lap ke 5 lap, lepas tu teurs ke 2 lap terakhir. Masih-masih punya henjutan, dasyat gila, lagi-lagi Chris Hoy dari Britian tu. Malangnya, Azizul dapat tempat terakhir je.
Bagi aku lah kan. Azizul boleh dapat pingat malam tadi tapi disebabkan tiada ruang yang cukup, dia terkepung habis. Aku berharap je malam tadi ada yang jatuh biar Azizul boleh menang, tapi semua itu tak terjadi. hehe. Apapun, tahniah Azizul sebab berjaya ke peringkat akhir acara Keirin. InsyaAllah olimpik akan datang boleh dapat pingat sebab Chris Hoy tu dah tak de.
Ingat lagi masa masa sekolah rendah dulu pergi sekolah naik basikal mesti nak lumba walaupun tak laju. Time balik lagilah, dari sekolah sampai ke rumah kayut tanpa henti sebab tak sabar nak buka baju sekolah. hehe
Beliau sudah berusaha tetapi tidak ada rezeki untuk memenangi sebarang pingat untuk negara.
dia takde luck. strategi kurang berkesan. strategi pelumba lain lebih berkesan.
dgr kata basikal pasukan chris hoy tu paling ringan..inovasi universiti tempatan.guna sutera utk tiub tayar..dsyt2..
Patut berbangga dengan azizul. Terbaik!
Azizul sudah mencapai tahap tinggi berbanding atlit lumba basikal lain di Malaysia.