Final Badminton Olimpik 2012

Aku Nak Ais Krim

Dengar cerita kalau Lee Chong Wei menang perlawanan akhir badminton Olimpik 2012 kali ini, akan ada pihak yang hendak belanja makan ais krim selama sehari. Tak tau lah apa yang difikirkan pihak tersebut hingga nak bagi ganjaran sedemikian. Apa pun, kita nantikan perlawanan tumpuan malam ini jam 8 malam waktu Malaysia. Aku tak dapat tengok rasanya sebab kena kerja tapi aku akan cuba curi masa untuk tengok dekat cafe tempat aku kerja. Kena marah pun marahlah.

Satu lagi perlawanan tumpuan adalah perlawanan akhir bergu badminton Olimpik 2012 yang pertemukan pasangan dari China turun menentang pasangan dari Denmark. Mana bergu dari Malaysia? bergu dari Malaysia tumpas kepada pasangan China dengan 2 set sahaja. Bagi pasangan Denmark pula, mereka membuat kejutan dengan menundukan pasangan dari Korea Selatan dengan 3 set. Aku rasa China akan menang perlawanan itu nanti.

Ok stop pasal perlawanan akhir tu, apa yang mengejutkan aku adalah pasal 8 pemain yang disingkirkan dari kejohanan kali ini. Buat malu je la sebab tak semangat kesukanan langsung. Masa perlawanan tersebut, dorang semua nak kalah dan bukannya nak menang. Dorang nak kalah sebab tak berdepan dengan lawan yang lebih mudah pada perlawanan suku akhir tapi malangnya mereka tak sempat habiskan perlawanan tersebut sebab dah kena singkir awal dah.

Last sekali Man nak ucapkan tahniah kepada rakan blogger ni sebab dapat PR2. Semoga terus berjaya dalam dunia blogging ni.

Jangan lupa tengok yang ini pula

8 thoughts on “Aku Nak Ais Krim

  1. dadddydee

    Tahniah Datuk Lee Chong Wei.

    Persembahan yang cukup mantap dan bertenaga dari beliau. Bilalah Malaysia akan melahirkan lagi jogaan seperti beliau.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>