Sebelum aku pergi makan tengah hari dengan tenang walaupun aku sedar hari semakin petang, aku perlu siapkan entri ini dengan jayanya. Semalam, waktu nak dekat maghrib, Pakcik Denaihati ada post sesuatu dekat Facebook. Kalau post biasa-biasa boleh diterima pakai lagi. Ini tidak, boleh pula Pakcik Denaihati post dengan pertanyaan “sudahkah anda bersedia”. Menang tertanya-tanyalah semua orang pada ketika itu. Memang tak patut betul Pakcik buat macam tu sekali. Tersiksa jiwa dan raga kami semua pada ketika itu.
Segala tanda tanya kami semua terjawab lepas isyak malam semalam. Rupanya Pakcik Denaihati ada buat contest lagi. Kali ini berupa bonus sempena raya. Dah macam kerajaan pula ye bagi-bagi bonus, hehe. Kalau korang singgah blog aku ni, aku yakin yang korang dah hantar penyertaan korang dekat blog Pakcik tu kan. Kiranya blog aku ni dalam kelompok terakhir dalam penyertaan kali ni. Sekali gus terlepas habuan mudah iaitu 20 entri terawal akan dapat RM100 macam dalam contest 5 entri terbaik Denaihati di Google Search Malaysia.
Kalau contest sebelum ini minta 5 entri sahaja, kali ini Pakcik Denaihati minta 10 entri pula. 10 entri ini bukan kena cari dekat Google Search Malaysia, tapi dekat blog Pakcik Denaihati tu sendiri dengan memilih mana-mana kategori yang korang suka. Aku yakin ramai yang sambar kategori Blogging dan aku telah mengambil keputusan untuk sambar kategori Penulis Jemputan. Ini 10 entri yang aku pilih dan aku oleh satu persatu.
- Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?
Panjang tak tajuk dia? entri ini ditulis oleh Ariff Shah, tuan kepada blog Ariffshah.com. Entah bila Ariff nak aprove request friend dari aku. Kesimpulan yang aku boleh bagi tentang apa yang ditulis Ariff dalam entri ini adalah, korang kena bagi backlink balik dekat entri korang yang ada dekat tempat pertama Google search tu. Macam entri aku pasal Majlis Perkahwinan Ella tu.

- Pengurusan laman blog. Entri kali ini ditulis khas oleh saudara Eizil. Dah lama aku tak singgah blog beliau. Dengar cerita saudara Eizil dah ada teman baru, bestnya. Dalam entri ini, menceritakan pasal diri kita untuk mengurus blog kita sendiri. Back Up merupakan point utama. Sama macam aku ceritakan dekat korang satu ketika dahulu dekat entri KEHIDUPAN BLOGGING: Backup!
- Mitos Dalam Berblogging. Entri yang menarik ini ditulis dan dikarang oleh Afiq Aiman, tuan blog FokusBlogger.com. Aku jarang singgah blog ni, tapi aku yakin memang banyak ilmu di sana. Antara mitos yang aku nak kongsikan adalah, mudahnya buat duit dengan blog. Kau pergi tanya orang lama pasal dunia blog ni. Senang ke susah. Aku yang buka tempat pengiklanan pun masih belum ada yang sudi tempah. Inikan pula yang baru setahun jagung.
- Jadi Penulis Blog Yang Bagus. Siapa tulis entri ni? Entri ini ditulis oleh Liza Razak. Kalau nak ngurat, pergi blog akak ni, LizaRazak.com. Salah satu point yang aku dapat dalam entri ini ialah berani suarakan pendapat. Akak ni cakap, jangan takut kena hentam. Apa lagi! jom kasi hentam akak ni. Tapi korang jangan cakap aku pula yang suruh ye. Korang jangan hentam macam FAM Bangsat ni kena tau.
- 5 Tips Mudah Untuk Blogger. Akak Mia dari blog www.namiacinta.com yang tulis entri ini. Aku kenal blog ni pun dari tips yang ditulis dekat blog Pakcik Denaihati tempoh hari. Kak Mia cakap jangan lawan dengan Anonymous. Kalau aku, memang tak lawanlah tapi aku kenakan balik. Harap Anonymous tak marah ye. hehe
- Blogger Kena Saman. Entri ini ditulis oleh Adam Roslan tuan kepada AdamRoslan.com. Apa yang ditulis oleh Adam, mengingatkan aku kepada blog aku sendiri yang hampir di saman. Korang jangan tiru aksi ini tau.
- NGEBLOG UNTUK MENAMBAH KHAZANAH DAN MENJALIN SILATURAHMI. Hasil penulisan dari blogger seberang iaitu dari Sulawesi iaitu Abang Iwan. Blognya, Fatamorgana penuh dengan perbagai cerita dan tips kehidupan. Korang jangan buat blog untuk mengumpat jiran sebelah tau.
- Bagaimana kalau saya ingin menjadi hebat macam awak?. Entri ini hasil dari penulisan orang lama dalam dunia perkomputeran iaitu Azman Ishak. Macam-macam cerita yang korang boleh dapat dalam blog dia di AzmanIshak.com. Entri ini juga pasal pengalaman dia di dunia perkomputeran. Aku? aku dunia game kot.
- Tips SEO : Cara buat Link Wheel dalam SEO. Aku pening sikit dengan entri ni. Korang yang power tu, boleh tak terangkan pasal apa yang Abang Maliq ni tulis? Blognya di DrMaliq.com. Aku tak de tips SEO,tapi aku ada tips bermain dengan syaitan! Ya. dengan Syaitan!

- PageRank Penentu Ranking di Google?. Jem kepala aku dengan SEO ni. Korang pergi study sendiri. Kalau malas, korang jangan harap nak ada dekat tangga pertama Google. Entri ini ditulis oleh KulanzSalleh dengan blognya KulanzSalleh.com. Aku kurang cerita pasal SEO. Tapi aku cerita pasal Robotx, bukan botox ye.
Ok entri aku ni dah siap so aku nak hantar dekat Pak Cik Denaihati. Aku siapkan entri ni selama 5 jam. Pening kepala aku. Siap satu point ada je yang panggil aku. Suruh itulah inilah. Kalau 20 entri pertama aku dah terlepas, aku harap aku dapat entri terbaik. Doakan aku ye. Semoga persaingan yang sihat ini berterusan.
“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.
Semoga berjaya dalam penyertaan pertandingan bro denaihati tu…
dh dpt duit raya dah tu..hehe
hehe. tapi lum claim lagi. =)
aku dah agak dah, mesti lme nak siapkan entri tu.. huhu
moga berjaya
Jutaan terima kasih diucapkan kerana menyertai “Bonus Raya Aidilfitri 2012″ dgn entri bertajuk “10 entri terbaik Denaihati”dan semoga berjaya. InsyaAllah keputusan akan diumumkan dlm masa 7hari. Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini dari masa kesemasa.
Wahhh menarik nya..yang pasti 5 jam tu penuh di isi dengan menda yang bermanfaat..sambil membuat entri sambil dapat ilmu kan..hehe
heh heh. gud luck ye bro..hehehe
gua busy. tak sempat join. gua harap lu menang.