Sedar atau tidak, sudah masuk hari ke-6 kita didalam bulan Ramadhan. Diharapkan segala amalan kita dilipat kali gandakan. Syukur Man kepada Yang Maha Esa, tahun ini Man diberi kekuatan yang luar biasa untuk menjalankan segala ibadah. Man sentiasa berdoa atas apa yang diberikan ini akan kekal tersemat di hati ini.
Man dengar cerita tahun hadapan, pelajar sekolah akan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Beruntung sungguh pelajar zaman ini. Pelbagai kemudahan yang tersaji walaupun banyak kesan negatif akan menanti dibelakang hari. Sebelum itu, maafkan Man andai tajuk entri ini sedikit kontroversi dan pastinya ramai yang akan ‘terklik’ bila baca tajuk entri ini.
Ramai yang sejutu untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit untuk ke sekolah, tapi tidak bagi Man. Man cukup menentang kelonggaran yang diberikan ini 100%. Apa kebaikan telefon bimbit dibawa ke sekolah yang diberikan kelulusan kerajaan? Man tidak nampak akan ada kebaikanya tentang ini.
Ingat lagi sewaktu Man dibangku sekolah rendah, Man ada kecemasan dan perlu menghubungi kedua ibubapa Man. Man pinjam telefon sekolah untuk menghubungi ibubapa Man. Jika kerajaan memberi alasan memudahkan pelajar untuk menghubungi ibubapa, ianya tidak boleh diterima pakai oleh pemikiran yang waras.
Bila dikata dari aspek sosial pula, ianya akan meningkatkan lagi masalah sosial di sekolah. Contohnya, bila seseorang tidak puas hati dengan kita, besar kemungkinan orang tersebut akan menghubungi rakanya yang diluar sekolah untuk masuk kekawasan sekolah dan membelasah kita. Bukankah itu namanya lampu hijau bagi seseorang samseng hingusan diperingkat sekolah.
Bukan itu sahaja, sebelum kelulusan ini diberikan, kita sedia maklum dengan video-video aksi terlarang yang dengan slambernya dirakam disekolah. Pada ketika itu, kita akan berkata, ‘macam mana budak tu bawa handphone ke sekolah’. Tapi bila kelulusan ini diberikan, apa pula yang kita akan katakan? Kepada pengumpul video aksi terlarang ini, pastikan anda ada ruang kosong yang mencukupi untuk dijadikan koleksi peribadi.
Oleh itu, sememangnya tidak wajar pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Namun pasti akan ada insan minoriti berkata ‘bagilah anak guna handphone yang cikai je’. Sebelum anda lontarkan apa yang ingin katakan itu, lihat anda terlebih dahulu (bagi yang dah kahwin) handphone apa yang mereka gunakan.
aku pun salah seorang yang menentang keras kelonggaran yang diberikan ni.. ntah apa2
rosak budak sekolah lepas ni.
Rasanya perkara dalam peringkat cadangan… kalau dipersetujui pun mungkin diorang kan handphone biasa jee…
Yaaa betul tu man..aku pun tak setuju apa yang diperkatakan..tgok je la mcm mana nanti..hehe