Tertekan sangat bila apa yang kita sayang buat hal dekat kita. Ini semua gara-gara power supply komputer Man yang Man beli pada 30 September 2011, meragam tanpa sebarang warning yang Man boleh buat persediaan. Benda macam ni memang kita tak boleh jangka bila nak jadi. So apa yang boleh Man nasihatkan adalah buat simpanan untuk waktu kecemasan. Nanti boleh guna bila terdesak.
Power supply Man bermasalah selepas Man post entri pasal saman tu. Man sleep kejap komputer untuk keluar makan dekat kenduri. Balik je dari kenduri, terus meragam. Dari jam 4 petang hingga 6.30 petang, Man cuba baiki sendiri tapi ternyata semuanya menemui jalan buntu. Nak hantar kedai masa tu hari ahad pula so tak boleh buat apa.
Semalam, sebaik sahaja kedai komputer buka, Man terus hantar CPU komputer Man untuk diperbaiki. Man ni bukan power sangat pasal komputer ni. Sampai je kat kedai tu, Man cakaplah grafik kad rosak sebab kipas grafik kad tu je yang tak berfungsi. Tokey cakap, kalau nak ganti kena tunggu esok (hari ini) sebab kena order dulu. Man ni jenis yang penyabar untuk tunggu sampai hari esok. Man pancing jap kat tokey tu untuk fikir jap.
Masa Man duk fikir sambil melayan Facebook dekat cybercafe, dapat pula satu sms dari kawan yang sanggup bawa Man ke Seremban sebab komputer Man tu ada lagi warranty dia. So apa lagi, berkejaran ke Seremban lah nampaknya Man dengan CPU yang besar kedabak tu. Kalau korang ada nampak mamat bawa CPU dekat All IT Terminal 1 Seremban, itulah Man. hehe
Brader All iT tu check punya lah check, dia cakap power supply problem dan bukannya grafik kad.
“Power Supply problem ni dik, dah weak, dah kong.” lebih kurang macam tulah dia cakap.
Man tanyalah, boleh dapat warranty kan bang. Boleh tapi kena tunggu sebulanlah. Puuuiiii lama gila sebulan tu beb. Macam mana Man nak melayan karena penyeri blog Man ni. Last-last untuk jangka masa yang panjang, Man angkat power supply yang baru dengan kekuatan yang lebih power ataupun lebih Ummmpp sambil ibu jari keatas.
Cooler Master GX 750w Bronze menjadi pilihan Man. Sebab belum ni Man guna 450w je. Memang kurang mampu untuk menampung apa yang terdapat dalam CPu Man ni.

Harap GX 750w Bronze ni mampu bertahan lama bersama dengan Man. Power supply yang lama tu dorang akan repair dan akan pulangkan dekat Man bila siap nanti. Kalau ada sesiapa yang nak beli power supply Man yang lama tu, Man nak jual RM60. Harga Man beli RM175.
Untuk pengetahuan korang, Masa Man tengah cuba betulkan sendiri CPU Man petang ahad tu, Man ketuk kuat-kuat casing CPU Man ni sampai bengkok dibuatnya. Nasib baik brader All IT tu tak tanya kenapa bengkok, dia cuma cakap “Oh, patutlah tak masuk, dah bengkok ni”.
Sambil brader tu pasang power supply yang baru, Man suruh sekali buat thermal compound bagi mengalakan cip yang penting terlalu panas. So sekarang ni, beraksilah Cooler Master GX 750w Bronze dengan Man. =) Pasal harga korang boleh google sendiri. Ada yang jual 2nd dengan harga RM330. Lebih baik korang terus angkat yang baru sebab harga tak jauh beza pun.
Mesti pc man pakai ni performance yang tinggi kan..tak kan man sanggup ambil power supply yang mahal..hehe..
750W?..byk harddisk ker bro?huhu