Lelaki Amuk JPM

Lelaki Amuk Di JPM Vs Blogger Amuk

Terkejut Man bila dengar cerita ada lelaki mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam. Mengamuk bawa pedang samurai lagi tu, dasyat. Kalau ye pun tak puas hati dengan corak pentadbiran menteri-menteri kita sekarang ni, janganlah mengamuk sampai macam tu sekali. Man pun tak puas hati dengan corak pentadbiran menteri tapi Man tak bertindak sedemikian. Apa yang Man buat? Man tengok Ella kahwin lagi best.

Lelaki yang mengamuk tu cakap dia Imam Mahadi. Bab tu Man malas nak cakaplah. Tapi apa yang pasti, lelaki tersebut ditemani seorang wanita iaitu seorang penganggur yang berumur 28 tahun. Si laki kena tembak dibahagian bawah perut dan tangan kanan manakala si perempuan kena tembak di paha kanan. Dorang ni kena tembak sebab bertindak luar dari kawalan walaupun telah diberikan amaran.

Tapi apa kaitan dengan blogger amuk? Man pun tak tau sebenarnya. Blogger ni kalau mengamuk tak de nya nak bawa pedang samurai gi pecah kereta orang. Blogger kalau mengamuk, paling cikai pun update dekat status Facebook tak pun tweet je. Kalau dah tak tahan sikit, kasi jahanam barang sendiri macam Abang ni. Kira ok lah rosakkan barang sendiri dari rosakkan barang orang lain.

Apa yang boleh Man katakan, ada gak kaitan cerita antara Lelaki Amuk di JPM dan Blogger amuk. Ini mungkin disebabkan terlalu tertekan ditambah pula dengan sikap panas baran yang tidak dapat dikawal. Man pun panas baran sebab tu rosak sikit casing CPU komputer Man ketuk. =)

Jangan lupa tengok yang ini pula

8 thoughts on “Lelaki Amuk Di JPM Vs Blogger Amuk

  1. Hafizul

    adoii..baya betul..kenapa la yang mengamuk sakan tu..emm perempuan tu boleh tahan jugak kan..mcm selamber jer muka walaupun dah kena tembak..

    Reply
  2. zool

    tapi memang pelik.. kalau nak memberontak pun takkan 2 org je.. lepas tu ingatkan yg perempuan tu isteri dia tapi bukan rupanya.. wallahualam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>