Alhamdulliah, kita masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Pastikan kita bersedia dari segi jasmani dan rohani. Jangan lupa untuk niat puasa pada malam hari, takut-takut terlepas sahur/imsak nanti. InsyAllah, sempena bulan yang mulia ini, Man akan kongsikan sedikit ilmu tentang apa yang Man baca. Harapan Man, korang juga kongsikan sedikit ilmu ye. Jangan nak bergosip je. hehe
Bila tiba bulan Ramdhan ni, pasti masih ramai yang tertanya-tanya apakah hukum korek hidung semasa berpuasa. Man pun tak tau lah kenapa korang nak gak korek hidung pada siang hari kalau masih was-was. Yang lagi pelik, ada yang siap cakap ‘berbuka dengan korek hidung’, apa kah itu semua. Jawapan yang Man kongsikan ini adalah jawapan yang Ustaz Azhar Idrus didalam bukunya yang berjudul, Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab.
“Menurut pendapat yang mektabar dalam kalangan sarjana fikah Mazhab Syafii, tidak batal puasa dengan sebab memasukkan sesuatu ke dalam hidung ataupun telinga melainkan sampai kepada had batin.
Menurut satu pendapat, had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung dan had batin bagi telinga pula adalah sampai kepada gegendang telinga”
Kalau korang masih lagi was-was, korang boleh serang dinding facebook Ustaz Azhar. Apa pun, Man ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada korang yang selalu lepak sini. =) gambar dari Oh! Media.
Kenapa perlu korek hidung?
best sangat ke korek hidung ni? haha..
Hahahahaha..best arr…nikmat tu..
Kena korek puas2 la waktu ni hhehe.. buku tu memang tak rugi la kalau beli, aku beli on9 ja haritu
boleh korek..tp berpada2..
kalo tiada keperluan x perlu kot..hehe
korek berpada2.. itu yang sebaiknya..hahaha..
Nak korek hidung tu sembunyi-sembunyi la..haha
kalau was2 tahan je la.. malam2 korek hidung puas2 sampai bocor. hahaha
Malam tu koreklah hidung puas puas.. hehehe
pelik betul la.
masa bulan lain tak nak pulak korek hidung huhu
btul jugak kan..hehe
ada la alasan tu bro..:)
alasan apakah itu..hehehe
alasan untuk korek hidung ehehe..;)
hehehe..kantoi pula..
kaki korek hidung tak yah risaulah sbb tak batalkan puasa
harap kaki korek hidung ni tak korek dikhayalak ramai.hehehe
xda masalah pun. ^_^
klu nk korek idung boleh..tp perlulah berpada-pada