Pertama sekali suka untuk Man ingatkan disini adalah Siswa yang Man maksudkan disini adalah bukan berkenaan Siswa yang tengah duk belajar diperingkat pengajian tinggi sekarang ni. Jauh sekali nak cerita pasal siswa yang duk terpekik terlolong pasal politik negara. Kepada yang bergelar siswa yang baca apa yang Man tulis ni, semoga korang teruskan membaca ye.
Siswa yang Man maksudkan disini adalah berkenaan Rukun Kahwin. Ya, Man bercerita tentang rukun kahwin hari ini. Ye Man tau mesti ada yang kata bukan-bukan. Man tak kesah pun, jangan sampai satu hari nanti masa korang nak kahwin dan kena tanya pasal rukun kahwin, jangan merah muka tu pula ye.
Siswa merupakan rangkuman yang memudahkan kita untuk menghafal apakah yang terdapat di dalam rukun Kahwin. Rukun Kahwin ada 5.
- Suami : Tak kan perempuan nak kahwin dengan perempuan, eeeuu.
- Isteri : Lau tak de isteri, kempunanlah si laki tu nanti.
- Saksi : Kena ada untuk cakap ‘sah,sah,sah’ hehe.
- Wali : Ini untuk pengantin perempuan.
- Akad : Tak kan lah tanpa akad terus jadi suami isteri. Kalau boleh, Man pun nak lah. hehe.
Tapi sekarang ni ada satu lagi penambahan yang perlu korang take note iaitu sijil. Di Malaysia ni, kalau tak de sijil kahwin, tak sah kahwin korang. Nanti kena saman dengan mahkamah syariah tau la. Pastikan korang ada sijil tu dan buat satu salinan untuk dibawa bersama. Maklumlah, takut-takut korang buat sesuatu bawah pokok dan kena tangkap dengan pegawai, ada bukti. Tapi kena dendalah sebab buat perkara yang tak senonoh di tempat awam.
Kepada yang berniat untuk mendirikan rumah tangga, Man doa kan semoga apa yang korang niatkan tu, tercapai. Amin. Yang dah mendirikan rumah tangga, tahniah Man ucapkan. Nanti lau ada kenduri cukur jambul, jemput Man ye. hehe
hish.. aku tak tau lah bila agaknya aku akan ada isteri ni..hehe
teruskan usaha,,jgn putus asa..hehe
Terus mencari..jangan lupa berdoa.
emm tu la kan man…sijil kawin tu mesti wajib dah kena ada kalu nk kawin..dulu mana ada semua ni..hahaha
emm..sijil kahwin? apa tu?
begus juga guna istilah SISWA mcm ni, susah nak lupa.