Dapat gak penuhi impian untuk menonton filem terbaru pelawak negara, Zizan Razak yang bertajuk Mael Lambung semalam. Ramai yang tahu cerita Mael Lambung ni tercetus bila ianya dilakonkan oleh kumpulan Jozan dalam rancangan Raja Lawak. Mael Lambung ni kerjanya tarik kereta orang yang 3 bulan tak bayar dengan bukti surat RO. Kalau tak de surat RO, Mael lambung tak tarik punya.
Sebenarnya Man nak tengok Juliana Evans tu je. Comel pula dia dalam filem ni. Tapi gincu yang dia pakai tebal sangat, seksi habis. Tapi apa yang sedikit hampeh tentang cerita ni adalah bila ada sesetengah babak yang meleret sangat sampai penonton pun naik bosan. Antara babak yang maksudkan adalah babak bila Mael Lambung dan Tiger (Taiyuddin Bakar) bergaduh masa majlis keramaian di tepi pantai.
Punca Muka Mael Lambung Berparut
Kalau nak tau punca muka Mael Lambung berparut adalah disebabkan terkena sirip ikan semasa Mael Lambung tengah bergaduh dengan Tiger. Mati-mati ingatkan kena barang tajam atau sebagainya. Buat malu lelaki sejati yang ada parut je Mael Lambung ni.
. . . .
Dalam filem ni gak, ada menyentuh serba sedikit tentang penggunaan laman sosial dan blog. Untuk pengguna platform ni semua, tak perlu untuk menyebarkan berita yang tidak pasti kesahihannya. Macam berita tentang artis meninggal. Walhal orang tu masih bernafas lagi.
Apa pun, kalau korang nak pergi tonton, pergilah. Jangan lupa beli Pop-Corn dan juga light coke sebab dua benda ni yang selalu Man beli kalau tengok wayang. hehe
Tak leh tgok muka awek ni..memang comel dan seksi kan man..aduss..biasa la artis kan…kalau tak macam ni tak de sapa yang nak LIKE..hehehe
hahahahahaha.. sebab kena sirip ikan je?????hakhakhakhakhak
asal usul parut mael lambung..hehe, slamat bukan jtuh beskal mcm sepah..
tu tak ganas..kena sirip lagi ganas..hehe