Potong bawang

Cucuklah Aku Andai Engkau Terluka

Dah seminggu pelajar sekolah cuti pertengahan tahun. Semalam ada lepak dekat tepi pantai sambil menghirup asap rokok orang sebelah. Boleh tahan gak sesak nafas, nasib baik tak pengsan dekat situ.

Seronok betul tengok anak-anak kecil mandi dekat pantai. Yang lain best, kalau ada awek mandi sekali. Tapi semalam ramai awek duk tepi pantai je dengan boyfriend masing-masing. Puii hehe.

Gambar Hiasan

Man baru lepas kupas kulit bawang untuk dibuat sambal dan sebagainya. Perkara paling tak best bila kupas kulit bawang adalah mata akan pedih dengan sendirinya tanpa diminta macam tengok filem Ombak Rindu dulu. Man tak nangis ye tengok filem tu, orang sebelah je nangis. hehe

Mengikut petua orang tua-tua yang lagi kacak dari brader ni, kalau mata pedih masa kupas bawang, korang cucuk hujung pisau tu dekat bawang. Cara ini dikatakan mampu menghilangkan rasa pedih di mata korang. Walaupun tak 100% tapi bolehlah mengelakan mata korang keluar cecair jernih. Kalau awek tengok, peratus kekacakan korang boleh kurang.

Man test cucuk dekat bontot bawang tu dan Alhamdullilah mata Man tak keluar air mata, pedih tu masih boleh dikawal lagi.

Korang ada petua lain bagi menghilangkan rasa pedih dimata semasa kupas bawang? Jangan lupa kongsikan ye.

Jangan lupa tengok yang ini pula

18 thoughts on “Cucuklah Aku Andai Engkau Terluka

  1. Ckin Kembaq

    bila air mata meleleh time potong bawang, maknanya selaput mata kotor…bila dah lama2 ptong bawang, mata takkan pedih dah..ce tanya mak..hehe :D

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>