Semalam siapa tonton perlawanan antara Malaysia dengan negara jiran dari sepak mula hingga keputusan penuh diketahui? Man lupa yang semalam ada perlawanan tersebut. Sebenarnya Man bukan lupa, Man malas nak tengok, hehe.
Keputusan penuh perlawanan ‘persahabatan’ semalam berkesudahan dengan keputusan 2-2. Kepada penyokong Malaysia yang tukar siaran tv pada minit ke-80 mesti terkejut dengan keputusan ni kan.
Man ada tengok highlight dekat youtube. Apa punya bijak pengadil yang mengendalikan perlawanan tersebut? Penjaga gol Malaysia yang rebah kesakitan di beri sepakan percuma kepada negara jiran pula.
Mungkin selepas ini Malaysia tidak perlu untuk mengadakan perlawanan persabatan dengan negara tu. Bagi Man, baik adakan perlawanan persahabatan dengan Thailand lagi bagus. Thailand dengan negara tu lebih kurang je kekuatan mereka. Tapi Malaysia lagi kuat ok.
“Rasa menyesal pula Man tengok highlight dekat youtube tu. Sampah punya pengadil”
Nurul tak tengok tapi dengar dari budak office tadi.. semuanya x puashati dengan pengadil…
Tah kak. Saya tengok sikit je, terus pangkah. Tak paham dengan pengadil dari columbia tu.
mcm2..ramai gak yg x puas ati dgn mutu pengadilan…
aku rasa pengadil tu dah kena sogok da awal2!
Emm kekalahan yang tak masuk akal…hahaha
tau tak pe..pelik je pengadli tu.
aku rasa..semua pengadil fifa negara lain..kutuk habis pengadil bengong tu..
aku pun tak paham macam mana dia lulus ujian pengadilan.
biase r ..buat hal lagi…dulu isu pemain singapore kuat berlakon…….