Akta Keterangan (pindaan) 2012

Rasa Macam Nak Tutup Ruang Komen

Adui, apa punya akta ni. Orang lain buat hal, orang lain yang kena? macam tu ke. Susahlah kalau macam ni. Sekali sekala nak gak rasa terhibur dengan komen-komen gila yang diberikan. Ini tidak semuanya nak dipandang serius. Dah lah dulu sekat pengguna internet download free, la ni ada lagi akta yang tak masuk dek akal.

Apa yang Man duk bebelkan ni? Ini berkenaan Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kalau nak baca, sila baca dibawah ni ye.

Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012..Dengan media baru yang semakin popular termasuk blog, Facebook dan Twitter serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok iaitu 1 Jun 2012..

Bagi yang tidak ketahui melalui pindaan pada Akta Keterangan ia menetapkan
yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.. Secara ringkasnya sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda halaman Facebook Page anda tweetjack akaun Twitter anda mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya..

Selain daripada itu ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara
menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang
bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya maka anda akan didapati bersalah dan perlu membuktikan sebaliknya..

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:-

»»»»» Anda mempunyai blog dan seseorang pembaca menerbitkan komen maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut..

»»»»» Anda mempunyai halaman Facebook Pages dan seseorang pengguna
menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya..

»»»»» Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar
sesuatu yang tidak baik maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya..

»»»»» Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet maka anda akan bertanggungjawab atasnya..

»»»»» Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet maka anda akan
bertanggungjawab ke atasnya dan pelbagai perkara yang berkaitan..

Dalam arena digital dan elektronik ini semestinya ia boleh dikatakan perkara ini
salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan..Apatah lagi memandangkan
pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan
gambar orang lain dan berlakon seperti mereka..Sebagai contoh pada hari ini akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong..

Sekadar perbandingan akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian
secara kasar terdapat lebih daripada 10 akaun sekaligus
menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya..

Jadi secara ringkasnya jagalah peranti dan rangkaian internet anda disamping
bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet
supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

Habislah tokey-tokey cyber cafe lepas ni. Tak terlepas juga tokey kedai makan yang menyediakan wifi percuma. Semuanya boleh dipersalahkan. Apa pendapat korang mengenai akta baru ni?

“Lepas ni aku ada komen yang tak betul sikit, terus je padam. hehehe”

Jangan lupa tengok yang ini pula

8 thoughts on “Rasa Macam Nak Tutup Ruang Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>