Uber Cup 2012

Piala Uber 2012 : China Atau Korea

Sudah pasti perlawanan akhir Piala Uber tahun ini merupakan perlawanan ulangan bagi tahun 2010. Untuk rekod peminat sukan badminton, Korea berjaya merobohkan keutuhan Tembok Besar itu pada tahun 2010 dengan merampas Piala Uber setelah sekian lama China memegangnya.

Apa yang Man perasan mengenai sukan badminton Korea, mereka telah menunjukan satu kebangkitan yang cukup membanggakan. Kalau dulu, Korea hanya dianggap sebagai satu pasukan bawahan. Tapi kini tidak sama sekali sebab mereka mampu memberikan saingan yang cukup mencabar.

Peugeot 408

Hanya pemain dari Korea yang boleh diberi padangan yang serius oleh pemain China. Dulu, negara kita ada pemain yang boleh beri cabaran tapi kini tidak lagi. Kalau diharapkan pemaian dari eropah, memang jauh sama sekali untuk diduga. Kerana setakat ini, sukan badminton berjaya dimonopoli oleh pemain dari asia.

Kita nantikan perlawanan akhir Piala Uber 2012 yang akan berlangsung pada sabtu ini. 26 May 2012. Pasti China ingin merampas kembali takhta yang selama ini mereka pegang. Tugas berat bagi Korea untuk mempertahankan kejuaraan. Perlawanan akhir nanti mesti menarik. Nasib baik Man kerja malam, bolehlah Man tonton nanti.

“Maaflah kalau asyik cerita pasal badminton sahaja. Man cukup minat sukan badminton ni”

Jangan lupa tengok yang ini pula

9 thoughts on “Piala Uber 2012 : China Atau Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>