Awal Ashaari dan Scha Alyahya

Majlis Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Alyahya

Dengar cerita 2 artis popular ni akan bernikah hari ni? Tahniah diucapkan kepada Awal Ashaari kerana berjaya bertakhta dihati Scha Alyahya. Bukan mudah untuk seorang wanita berhati kental menerima seorang lelaki yang mudah tersentuh hatinya. Entri ini adalah entri khas sempena majlis perkahwinan mereka. 

Kembara Frankfurt,German

Tahun 2012

Tidak lengkap sebuah percintaan tanpa ikatan yang suci. Pasangan ini akhirnya bersetuju dan sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan pada 4 Mei 2012 dan majlis persandingan pada 6 Mei di Dewan Perdana, PICC, Putrajaya.

25 Mac merupakan detik yang cukup bersejarah dalam hidup pasangan ini bila Scha menerima lamaran dari Awal dalam rancangan Propaganza yang sedang bersiaran secara langsung setiap hari ahad.

Tahun 2011

Dari Bali ke Korea Selatan. Itulah yang boleh Man katakan bila pasangan yang hangat bercinta ini bercuti sambil bekerja ke Korea Selatan pada tahun 2011.

Tahun 2010

Kisah percintaan mereka terus hangat diperkatakan bila gambar mereka bercuti di Bali tersebar dan ini sama sekali menyangkal bahawa mereka adalah kawan semata.

Selepas 3 tahun memendam rasa cinta, akhirnya cinta Awal terbalas. Walaupun luaran Scha nampak keras hati tapi dia seorang yang sangat penyayang. Awal diberitahu oleh Ibu dan kawan Scha bahawa Scha tidak pernah sayang orang lain macam dia sayang Awal.

Bila ditanya pada Scha faktor yang membuatkan dia jatuh hati pada Awal adalah kesabaran serta kesungguhan Awal yang cuba untuk menawan hatinya.

Tahun 2009

Awal kerap kali terserempak Scha keluar dengan teman barunya. Tetapi itu tidak sama sekalinya meluntuhkan perasaan cintanya kepada Scha. Orang kata kalau dah jodoh tidak kemana, mereka dipertemukan sekali lagi di Festival Filem Malaysia pada tahun 2009.

Sejak pertemuan di festival filem tersebut, mereka semakin rapat hinggalah pada tahun 2010, cinta Awal terbalas!

Tahun 2008

Pada tahun 2008, hasil penyelidikan Awal mendapati bahawa Scha sudah mempunyai teman lelaki. Hanya kiriman SMS untuk bertanya khabar dihantar oleh Awal walaupun Awal sedar tiada harapan baginya. Walaupun begitu, nama Scha tetap bertakhta dihati Awal.

Kenangan terindah bagi Awal bila diberi untuk memilih pasangan gandingan untuk menjadi penghias kulit muka depan sebuah majalah. Biarpun Scha masih kekal bersikap dingin, perasaanya tetap tidak berubah. Hinggalah penghujung 2008, pasangan ini bertemu kembali di Astro Awani untuk mempromosikan filem Histeria dan Syurga Cinta. Lebih kerap mereka berbalas SMS tapi hanya sebagai rakan artis.

Tahun 2007

Detik pertemuan mereka bermula pada program Dewi Remaja tahun 2007. Dari situ, mula terdetik rasa suka dan timbul keinginan untuk mengenali lebih rapat bagi Awal dan bukan untuk Scha. Scha yang pada ketika itu seorang peserta manakala Awal merupakan pengacara program tersebut.

Menurut Awal, Scha seorang yang selamba dan bersahaja. Namun begitu, dengan sikap yang sedemikianlah membuatkan Awal sentiasa teringatkan Scha walaupun Scha seorang yang sangat sombong. SMS yang dihantar dibalas hambar.

Jangan lupa tengok yang ini pula

8 thoughts on “Majlis Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Alyahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>