Kemana hilangnya Jung Jae Sung. Itu yang menjadi persoalan bagi Man bila tak nampak dia beraksi turun menentang pasukan Denmark hari ini. Kebiasanannya Jung Jae Sung akan berpasangan dengan rakan sepasukannya iaitu Lee Yong Dae. Namun hari ini Lee Yong Dae digandingkan dengan Sa Rang Kim pula.
Terus terang Man katakan yang Man suka corak permainan Jung Jae Sung dengan Lee Young Dae. Jung Jae Sung ni walaupun bertubuh kecil, mampu melompat tinggi untuk melepaskan smash yang padu bagi mendapatkan mata yang berharga. Tapi apa boleh buat. Mungkin ada sesuatu yang dirancangkan oleh jurulatih Korea selepas dia tidak diturunkan.
Hebat Sangatkah Blog Beautifulnara.com?
Walauapapun, tahniah kepada pasukan Korea atas kejayaan melangkah ke perlawanan akhir piala Thomas 2012. Korea berjaya keperlawanan akhir selepas menumpaskan Denmark diperingkat separuh akhir.
Kini apa yang mereka nantikan adalah lawan mereka diperlawanan akhir nanti. Ketika ini perlawanan separuh akhir ke-2 antara China dan Jepun sedang berlangsung. Siapakah yang akan melangkah keperingkat akhir masih menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikan.
“Kalau China yang menang, memang menarik perlawanan akhir nanti. Percayalah”
aku rasa final cina vs korea..aku suka tgk dua2 team ni bertembung.. dua2 memiliki pertahanan dan serangan yang agak seimbang dan hebat…
yup. pasti perlawanan akhir nanti dipenuhi persembahan yang menarik.
besar kemungkinan china yg menang..
mungkin gak..harap hyun il dapat kalahkan lin dan..
hoho..terkejut gak aku tadi..tapi aku still lebih suka jung jae sung main berbanding yang tadi..mungkin untuk latih pemain pelapis kot..
dia cedera mungkin. final tadi pun tak main.