Kemarau

Hari Tanpa Mentari

Hingga semalam, genap 2 hari blog tanpa sebarang update mahupun komen yang dibalas. Man bukan sombong untuk balas komen korang semua. Man cuma perlukan sedikit masa. Harap korang semua tidak terasa hati. Lagi-lagi si Dia dan si Dia ni.

Mengenai blog tanpa sebarang update, idea untuk Man update hilang entah kemana sejak peristiwa Man terreload page tanpa Man sempat draft apa yang Man tulis. Last-last hilang begitu sahaja. Bila check auto saved, sempat simpan separuh sahaja. Terpaksa memerah keringat untuk susun setiap ayat dan makna.

Gambar Dari iPad Baru

Maksud entri Hari Tanpa Mentari adalah mengenai cuaca ditempat Man ni. Kalau di ikutkan, hari ini dah dua hari hujan dan mendung tanpa sebarang cahaya yang hinggap terus ke muka bumi. Walaupun begitu, kita semua perlu sentiasa bersyukur atas apa yang dikurniakan.

Tapi, orang kita suka sangat cakap ‘alamak hujan pula‘ ‘macam mana nak buat kerja kalau hujan ni‘. Sedar tak korang ketika korang berkata sedemikan? Seolah-olah korang menolak nikmat apa yang telah diberikan Allah. Man seorang manusia biasa juga tidak terlepas untuk berkata sedemikian. Tapi kini, bila Man cuba untuk meluahkan kata sedemikian, Man cuba tahan.

Hujan yang turun merupakan anugerah yang tuhan berikan. Memang resam Manusia untuk berkata ‘asyik panas je, bila nak hujan ni‘ Bila dah dibagi hujan, tau pula menyalak cakap bila nak panas. Cukup-cukuplah bersikap sedemikian. Kita sebagai manusia perlu banyakan bersyukur. Tempat lain tak dapat anugerah seperti kita. Ada yang berbulan-bulan lamanya tidak hujan.

“Siapa tengok Final FA sabtu lepas, korang rasa gol tak tandukan Carroll tu?”

Jangan lupa tengok yang ini pula

10 thoughts on “Hari Tanpa Mentari

  1. yas

    Manusia tak pernah bersyukur dgn apa yg diberikan…iabarat dapat betis nak peha…kelemahan utama yg kena selalu diperingatkan tuu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>