Belanja Tidak membeli

Belanja Tidak Membeli

Bila cakap pasal belanja pasti akan dikaitkan dengan menggunakan wang baik sedikit ataupun sebaliknya. Minggu lepas Man berkesempatan untuk menonton filem terhangat fasa pertama bagi tahun 2012 ini iaitu filem The Avengers. Man ada kongsikan trailer filem ini awal bulan 3 dulu. Sebab tu nafsu untuk menonton filem ini sangat bekobar-kobar dibuatnya.

Sebelum menanti filem ditayangkan, kitorang semua medang dulu dekat kedai mamak, luar dari shopping complax tu. Alhamdulillah, Man ada rezeki lebih time tu so Man belanjalah air semua kawan-kawan Man. Kita hidup jangan terlalu kedekut sangat.InsyAllah satu hari nanti pasti ada pulangan untuk kita nanti.

Surat Tun Dr.Mahathir Kepada PM Israel

Man ada terbaca satu artikel mengenai belanja. Ramai orang terutamanya yang berbangsa Melayu bila tengok seseorang belanja orang lain mesti akan bersangka buruk. Nanti mulalah cakap, nak beli memberlah dan macam-macam lagi.

Kepada korang yang pernah cakap macam tu dekat Man dalam diam, Man tak kesah. Man tahu apa yang Man lakukan. Jauh sekali untuk Man ‘membeli‘ kawan-kawan Man dengan setakat belanja air. Baik Man belanja shave bulu kaki ke. Tak pun belanja main ice skating baru berbaloi. hehe

Dulu Man pernah mengalami masalah kewangan yang teruk sangat. Hinggakan Man terpaksa meminjam dari kawan Man sendiri. Syukur Man berjaya bayar kembali. Sejak dari peristiwa itu, Man mudah untuk belanja insan yang sangat memerlukan. Percaya atau tidak, kawan yang pernah meminjamkan Man wang satu ketika dahulu, kini meminjam dengan Man pula dan Man tak segan-segan untuk membantu seberapa yang Man mampu.

Rezeki yang kita perolehi perlulah kita bahagi-bahagi sama rata. Untuk ibubapa jangan lupa. Kepada yang pernah bagi ibubapanya wang dari gaji korang, mesti korang tahu apa yang sering diucapkan oleh kedua ibubapa korang kan. Kalau yang tak pernah tu, korang cuba bagi walaupun tak banyak.

Ingatlah bila kita belanja seseorang jauhkan niat untuk ‘membeli‘. Anggap ianya satu sedekah mahupun hadiah. Allah maha pemurah. Kepada insan yang selalu pandang serong insan yang suka belanja, ubah pandangan anda untuk lebih maju. InsyAllah.

“Kalau yang ada hutang dengan Man, tolong ingat untuk bayar sebab Man pasti akan lupa. hehe”

Jangan lupa tengok yang ini pula

11 thoughts on “Belanja Tidak Membeli

  1. boni

    aku pun sedang mengalami apa yang bro pernah alami tu.. sesak tahap betul2 teruk ni..tapi aku percaya , dengan kesabaran dan ketabahan, satu nanti aku pasti dikurniakan rezeki yang murah… amin

    Reply
  2. samanosuke_04

    belanja tue cam sedekahlaaa.. tak silap aku dalam ceramah ustaz azhar idrus, “kalo nak sedekah, sedekah kat orang terdekat dulu, cam family, kengkawan, relative, bla3…” so bagi aku, belanja kengkawan tue lagi best, kekadang aku rasa lagi best daripada duk sedekah kat orang kat tepi jalan.. :D

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>