gaji

Bagaimana Saya Membelanjakan Gaji Bulanan

Apa lagi lah yang Man nak membebel kali ini. Ada sahaja yang tak kena dalam pemikiran Man ini. Kali ini Man ingin bercerita tentang gaji. Ye Man tahu sekarang ini bukannya hujung bulan dan tidak sesuai bagi Man untuk bercerita tentang gaji. Bila cerita tentang gaji, pasti ramai yang tersenyum lebar hingga ketelingga panjangnya tetapi ada juga yang bermasam muka.

5 Blog Paling Kerap Dilawati

Bukan hanya bermasam muka tapi juga hati dalam keadaan gelisa. Kenapa ini semua terjadi? Ini disebabkan tiada perancangan dalam pengurusan gaji yang diterima. Apa yang Man ceritakan ini adalah apa yang Man lakukan keatas wang gaji yang Man terima selama ini. Berikut adalah beberapa tempat yang akan Man salurkan wang gaji setiap bulan.

  1. Pinjaman RHB. Sewaktu usia yang masih muda ini, Man ambil risiko untuk buat pinjaman dari pihak RHB. Pinjaman ini tidak beerti Man boleh ambil terus wang tersebut. Wang ini boleh Man perolehi setelah pinjaman tersebut habis Man bayar. Kiranya Man menabung dengan RHB. Tiap-tiap tahun Man akan dapat pulangan dari pinjaman yang Man buat. Man buat pinjaman sebanyak RM30,000 dan setiap bulan, Man akan asingkan RM150 untuk ini. (Jumlah setakat ini = RM150)
  2. Simpanan BSN. Dengan BSN pula Man buat simpanan sendiri untuk kecemasan. Untuk ini, Man simpan sebanyak RM100. RM50 Man akan masukan kedalam bank dan lagi RM50 Man akan masukan kedalam SSP. Kalau ada rezeki, boleh dapat kereta. Hehe. (Jumlah setakat ini = RM250)
  3. Bil internet dan elektrik. Setelah membeli computer kepunyaan sendiri, Man berazam untuk bayar kedua-dua bil ini. Ini adalah kehendak Man. Apa yang Man inginkan Man akan usahakan. Rasanya, Man yang paling banyak guna tenaga elektrik dalam rumah Man tu. Oleh yang demikian, Man yang perlu bayar. Untuk bil internet, Man gunakan khidmat TM yang bernilai RM90. Kadang-kadang lebih dari RM90. Untuk bil elektrik pula, jumlah yang tidak tentu tapi secara purata dalam lingkungan RM150. (Jumlah setakat ini = RM490)
  4. Minyak Hitam. Ini pun Man nak cerita ke? Mestilah, sebab ini pembelanjaan tetap Man setiap bulan walaupun jumlahnya sedikit. Minyak hitam dan oil treatment berjumlah RM20 ini adalah untuk motor EX5 kesayangan Man. Tiap bulan mesti tukar untuk mengekalkan keseksian dalamannya. (Jumlah setakat ini = RM510)

Apa yang tersenarai diatas inilah Man salurkan secara tetap setiap bulan. Sekarang Man tengah cari kat mana Man boleh sambung simpanan Tabung Haji Man. Dah lama rasanya tertunggak simpanan ini. Kalau dah cukup nanti, boleh bagi Mak dengan Ayah pergi haji.

Dalam senarai diatas tak de pembelanjaan untuk makan dan minum. Ini kerana, Man sendiri bekerja dengan makanan dan dari situlah Man boleh berjimat dan gunakan wang tersebut pada sesuatu yang lain. Tak de untuk Mak dengan Ayah ke Man? Ada tapi Man tak letakan jumlah yang tetap sebab untuk mereka tiada nilai yang khas. Apa yang mereka minta, akan cuba untuk Man penuhi.

Gaji Man tak banyak tapi kalau ada perancangan, insyAllah semuanya boleh. Even kalau gaji korang Rm10k sekali pun tapi tak de perancangan, memang akan mengalir macam air wang korang nanti. Man sebenarnya sedih bila dengar cerita kawan dimana hari ini dapat gaji, esok dah habis. Apa salahnya kalau simpan gaji sikit untuk kegunaan dimasa hadapan. Bukan itu sahaja, Man ada dengar yang bangsa Melayu ni malas menyimpan/menabung. Memang rugi kalau betul. Emm

Untuk mereka yang bijak menguruskan wang, mereka akan buat catatan kemana wang mereka disalurkan. Berkenaan wang gaji Man yang berlebihan, Man akan simpan untuk bulan hadapan. So bolehlah Man perbaharui domain Man, boleh buat enjoy sikit-sikit, boleh pergi Menara Taming Sari, main ais skating dan boleh jadi lelaki yang lebih kacak. Jom menabung!

“Bulan ini Man sepatutnya perlu memperbaharui insurans motor Man. Tapi Man tak perasan pula!!”

Jangan lupa tengok yang ini pula

15 thoughts on “Bagaimana Saya Membelanjakan Gaji Bulanan

  1. shatmashuri

    tertarik bace entry nie.. skrg byk pekerja wt pinjaman.. sebelum dpt.. mcm2 perancangan nk buat.. tp bila dh dapt… hmmm.. last2 abis cm2 je..

    Reply
  2. titan

    aku suka belanja. jadi, aku cari jalan untuk dapat lebih banyak duit untuk berbelanja. Jadi, masalah aku selesai. haha..

    Reply
  3. Denaihati

    penting ada perancangan mcm ni, simpanan kat bank atau tempat yg susah nak keluar(kalau ada atm card memang nak keluarkan), lock duit tu kat situ.

    Reply
  4. Mus

    bagi yang sudah ada anak isteri… perancangan perbelanjaan mereka juga kena dibuat sehabis baik..
    tabungan kena ada untuk masa depan, walaupun sekadar Rm10 sahaja..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>