Akhir bergu lelaki badminton All England

Badminton All England : Perlawanan Akhir Yang Mendebarkan

Akhir bergu lelaki badminton All EnglandSetelah memang mudah keatas pasangan Jepun pada peringkat separuh akhir, pasangan dari China Cai Yun dan Fu Haifeng turun menentang pasangan dari Korea Jung Jae Sung dan Lee Yong Dae pada peringkat akhir Kejohanan All England 2012 yang berlangsung di Stadium tertutup Brimingham.

Sudah semestinya acara ini menjadi tumpuan para penonton kerana corak dan kepantasan pemain sangat berbeza. Perlawanan akhir antara kedua-dua pasangan ini sangat mendebarkan hingga pada set pertama, mata penamat terpaksa diheret hingga kemata 23 yang dimenangi oleh pasangan dari China, Cai Yun dan Fu Haifeng dengan kiraan mata 21-23.

Akhir bergu lelaki badminton All EnglandNamun begitu ianya tidak mematahkan semangat kental Jung Jae Sung dan Lee Yung Dae untuk merampas set kedua dengan mata 21-9 bagi mengheret ke set penentuan. Seperti yang diduga, set penentuan merupakan set yang sangat mendebarkan baik kepada pemain,jurulatih,penonton mahupun judge dan service judge.

Segala sisa tenaga yang tinggal telah di kerahkan bagi mendapatkan mata kemenangan. Segala pengalaman diguna pakai bagi tidak melakukan kesilapan. Ketenangan sangat ditagih bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.

Akhirnya, pasangan dari Korea telah memenangi set ke-3 dengan kira mata 21-14 dalam perlawanan yang sungguh mendebarkan tersebut sekali gus merampas kembali kejuaraan yang mereka kecapai pada kejohanan yang sama empat tahun lepas. Pasangan China banyak melakukan kesilapan pada set penentuan ini dan ini membuka ruang untuk pasangan Korea memungut mata berharga.

‘Sekali Jung jae Sung dapat bola tanggung, memang berdesup perginya bulu tangkis tu. Jangan pandang rendah dengan orang yang bertubuh kecil’

Jangan lupa tengok yang ini pula

2 thoughts on “Badminton All England : Perlawanan Akhir Yang Mendebarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>