Pekerja KFC belasah pelanggan

Ulasan Mengenai Pentempuran Hebat Perkerja KFC dengan Pelanggannya

Ramainya orang dekat pejabat pos hari ini. Maklumlah, semua kaunter pembayaran tutup sempena cuti panjang yang diberikan. So, hari ini mula buka, kompem penuh semacam, tidak seperti hari-hari sebelum ini. Sudahlah pejabat pos penuh, duit dekat kaunter ATM pula habis. Terpaksa kehulu kehilir mencari ATM yang masih ada isi didalamnya (wang).

Balik sahaja dari kerja pagi tadi, Man sempat online sebentar untuk mengetahui isu semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara. Macam-macam perkara yang berlaku. Ada yang menarik perhatian Man dan ada juga yang Man buat tidak tahu sahaja untuk baca apa yang ditulis. 
Tengah merayap-merayap di alam maya ini, terjumpa pula satu video pekerja KFC belasah pelanggannya. Tersentak habis hati Man bila baca tajuknya. Bila habis sahaja tengok video tersebut, rasa sayu yang teramat sangat hati Man. Kenapa Man rasa hingga sedemikian rupa bila tengok video tersebut?

Untuk pengetahuan anda semua, Man merupakan salah seorang bekas pekerja KFC satu ketika dahulu. Ternyata dulu dan sekarang sangat berbeza. Anda semua boleh baca pengalaman dan rahsia  di sebalik nama besar Fast Food ini. Hampir segalanya telah Man ceritakan. Niat Man untuk menyambung kembali apa yang dituliskan tentang KFC ini masih belum sampai. Mungkin satu hari nanti Man akan sambung kembali penulisan Man hasil bantuan dari insan tersayang.

Berbalik akan video yang Man tonton, Man masih tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya hinggakan pekerja KFC tersebut bertindak sedemikian rupa. Disini Man ingin ulas tentang apa,kenapa,bagaimana dan beberapa persoalan yang boleh kita semua fikirkan.

  1. Ayam Habis. Itu mungkin punca utama pergaduhan tersebut. Kepada pelanggan, jikalau ayam habis, anda tidak perlu untuk memarahi perkerja yang sedang bertugas atas kehabisan ayam. Bukan mereka yang sediakan bekalan Ayam.
  2. Bagaimana bekalan ayam boleh habis? Kita tidak boleh salahkan pihak KFC itu sendiri. Mungkin berlaku kelewatan bagi penghantaran ayam tersebut ataupun ayam di Ayamas sendiri kehabisan ayam yang sudah selamat disembelih. Oleh yang demikian, mereka perlu sembelih ayam yang baru dan itu akan mengambil sedikit masa. Tidak termasuk penghantaran.
  3. Dulu bekas tempat Man kerja juga pernah berlaku kehabisan ayam. Tapi Alhamdulillah, kami semua sudah buat persediaan sebelum kehabisan ayam 100%.
  4. Kami buat pinjaman ayam dari outlet KFC lain yang berhampiran untuk memuaskan hati pelanggan yang tidak pernah jemu makan makanan yang kami sediakan. Pernah sampai satu tahap kami terpaksa pinjam ayam dari outlet KFC yang jauhnya lebih kurang 50 KM jauhnya dari outlet kami.
  5. Pernah juga outlet kami kehabisan tepung untuk diuli bersama ayam dan di goreng. Kami terpaksa buat pinjaman dari outlet lain. Man sendiri yang pergi pinjam dengan menaiki motor sendiri. Ini semua atas kelewatan penghantaran bekalan dari pihak pembekal.

Bagaimana pula ulasan Man terhadap tindakan biadap pekerja KFC dan pelanggan itu sendiri?

  1. Perkauman. Itu yang kebanyakan orang katakan dalam komen video tersebut. Hingga ada saksi mengatakan bahawa pelanggan tersebut melontarkan ayat berbaur perkauman.
  2. Kehabisan ayam tiada kaitan dengan kaum. Para pekerja hanya melakukan kerja mereka sahaja dan bukannya pergi sembelih ayam dekat kilang sana. Kita kena terima hakikat bahawa tidak semua barang ada bila kita inginkannya.
  3. Mungkin pihak restoran tidak sangka akan jumlah pelanggan yang akan meninggkat begitu tinggi pada hari itu. Siapa tahu bukan? apapun boleh terjadi.
  4. Penumbuk dan tendangan yang patut diberikan andai perkauman di jadikan bahan mainan walhal perkara lain yang jadi masalah.
  5. Malangnya tempat dan waktu mereka lakukan tidak kena. Man tahu kesabaran mereka tidak terbendung lain. Tapi mereka perlu ingat bahawa pakaian yang mereka pakai melambangkan siapa mereka.
  6. Pengurus outlet tidak kelihatan dan tidak mengawal keadaan. Sepatutnya pengurus ada dibahagian hadapan untuk menenangkan pelanggan yang lapar. Bukannya duduk didalam pejabat sahaja. (pengurus kelihatan sebaik sahaja pergaduhan selesai)

Bekerja dalam bidang perkhidmatan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita perlu melayan karenah pelanggan yang adakalanya macam budak-budak. Kepada pelanggan, jangan ingat anda ada wang, anda boleh lakukan apa sahaja. Ingat, bukan anda seorang sahaja pelanggan, ada beratus mahupun beribu lagi pelanggan yang boleh beli satu satu produk baik makanan mahupun benda.

Berdamailah ye. Jangan gaduh pasal makan. Banyak lagi makanan yang boleh dimakan. Lainlah kalau hanya KFC sahaja ada. Tengok negara lain sampai berebut-rebut hendak makan. Beruntunglah.

Update 9 Feb 2012, Khamis.

Ini merupakan sidang media pihak yang kena belasah. Bukan main cepat buat sidang media. Anda semua boleh tengok, ini pasal ayam,politik ataupun perkauman.

Update 10 Feb 2012 Jumaat

Video ini video sebelum kejadian terjadi. So siapa yang salah sebenarnya. Budak-budak ini sudah cukup sabar dan masih meneruskan kerja mereka. Kita juga boleh lihat dimana ramai pelanggan berbangsa cina disitu. Kenapa mereka masih boleh tunggu dan tidak mengamuk sedemikian?

Ulasan mengenai video ini dan pelanggan yang melakukan sidang media.

Jangan lupa tengok yang ini pula

18 thoughts on “Ulasan Mengenai Pentempuran Hebat Perkerja KFC dengan Pelanggannya

  1. afendi

    kerja fastfood ni memang kena cekal dan sabar…papepun boss kena main pranan penting..bukan duduk ofis memanjang..huhu..

    Reply
  2. dol

    kalau gua bos.. gua dah henyak customer bodoh mcm tu….. tak pasal pasal yg teraniaya yg tertindas, kerana nak memperbetulkan, yg betul disalahkan, yg salah dibetulkan. jaga business. cuba kalau kat stall mamak kau buat mcm tu.. mampus dah lu kena pancung dangan macha tebar roti…

    Reply
    1. sukacuka Post author

      terus terang saya katakan bahawa mereka racist..ada satu sebab kenapa itu yang mereka lakukan. InsyAllah saya akan kongsikan.

      Reply
  3. padan muka Pelanggan BODOH(CINA BABI)

    ajar sikit kepala babi tue…
    kapiaq saja…noob ….awat x sepak je kepale cina tue..
    balik china la woi
    semak ja

    Reply
  4. LilyNrman

    Kepada bakal komentar…relax la. Jangan nak membabi orang sana sini… Tak baik macam tu.

    Saya pun rasa ‘semacam’ bila tgk video ni. Marah.

    Betul lah kata blogger Man di atas. No komen. Ulasan yang adil untuk kedua pihak.

    Lepas ni, semua orang kena ambil iktibar. Banyak kan bersabar segala benda.. kalau x, jadi macam ni lah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>