Maaflah kalau Man jakun sikit kalau pasal benda-benda yang remeh temeh begini. Man terima apa yang korang semua hendak katakan pada Man dalam entri ini. Mesti ada yang cakap Man ni ketinggalan zaman dan berbagai lagi. Tapi satu sahaja yang Man suka katakan adalah, ‘Ada Man kesah?’.
Ok, kita teruskan kepada tajuk utama kita iaitu pengalaman pertama cuci kereta automatik. Kejadian ini berlaku pada hari sabtu tempoh hari. Masa tu Man ada reunion dengan member sekolah menengah. Ramai turut serta, meriah habis. Bab reunion ni Man cerita pada entri yang lain ye.
Sebenarnya cuci kereta automatik ni bukanlah 100% automatik yang dilakukan oleh mesin. Tenaga manusia masih diperlukan untuk melakukan kerja pembersihan ini Seperti pengeringan dan beberapa kerja lagi.




Masa tengah cuci tu, takut juga dengan bunyi dia. Lain macam je. Kalau ada anak kecil yang tengah tidur nyenyak, tak payahlah basuh dulu takut-takut tersedar dan menangis pula si kecil comel tu nanti.
Pasal harga memang murah dan juga menjimatkan masa. Tapi kalau kereta korang masih tidak bersih, korang pergi cari kedai basuh kereta secara manual lagi bagus. So tidak perlulah korang rasa terkilan kalau masih ada kesan kotor sedikit pada kereta korang nanti.
Man rasa seronok sebab boleh duduk dalam kereta masa kereta dicuci. Hehe. Ini bukan kereta Man ye. Man masih dalam perancangan untuk membeli sebuah kereta. Doakan semoga Man berjaya untuk mencapai matlamat Man kali ini.
salam..
saya dh berapa kli ikut dia cuci kereta cara ini..tapi rsa tak best sb kereta kami dh lama..bila ari pancut kt kereta air masuk melalui tingkap heee..
pastu..blkg bonet kami bju2 buku2 dlm basah..mujur kat bhgin tepi yang air masuk huu..
Wslm.
ready tutup dengan plastik sebelum basuh..baru tak basah..hehe
orang cakap x bersih mcm orang basuh.. betul ke?
yup..lepas basuh tu, kawan isi minyak dan tengok kereta tu..tak bersih sangat..bahagian atas je bersih..nak cepat time tu memang tak de pilihan lain..
simpulan sy tak suka cuci kereta pakai auto sb tgok cermin kereta calar balar huu..klu kereta sy tak mau le bt bgtu..tapi kereta dia..dia tak kisah katanya kereta lama heee..
lain org lain pandangan..tpi sllu cuci kereta bgni sb tak de rmasa ada nak jumpa mkwe tu tergesa2 cuci kereta heeee
nak cepat punya pasal..ini pun boleh..hahaha
betul tu..rasa seram..and penah terkejut ngan kawan sebab tiba2 sabun terpercik kat cermin..suspens gitu..hehe
Ckin mandi sekali ke time tu??haha
kat mana ni man? ahad aritu , akak basuh kete sendiri kat umah. first time basuh kete sendiri.. degil yg amat kotoran nye >_<
berdekatan dengan sekolah teknik PD.. amboi kak..mesti malas basuh kereta ni kan..hahaha
aku basuh sendiri aje. haha..
tunggu hujan turun..letak sabun..apa lagi..haha
itu dengan tuanya sekali mandi..hahaha
wah..dh berkilat kete die
tak berkilat sangat..masih ada kesan sikit..hehe
kawan cik umi ckp kalau basuh auto ni,jgn selalu sebab rosak alignment keta nanti..xtau la btol ke x..hehe