Bagan lalang 5

Lepak Di Bagan Lalang Dengan Myvi Baru

Sejak mula kerja pada belah malam ni, rasa malas untuk update blog membuak-buak dibuatnya. Tah kenapa Man pun tak tau. Rasanya sudah lama sangat Man tak kerja Malam. Biasanya kalau malam, Man akan habiskan masa untuk jalan-jalan di alam maya. Tapi tidak kalau Man kerja belah malam.

Petang semalam Man sempat untuk bersiar-siar di tepi pantai Bagan Lalang, Sepang dengan rakan yang pulang dari universiti sempana cuti yang diberi. Man cadang nak belanja dorang KFC petang tu. Tapi tunggu dorang semua balas mesej, punyalah lama. Akhirnya, makan dekat tepi pantai je lah. Bayar sendiri, padan muka!.

Man dengan 2 rakan lain pergi menaiki Myvi baru. Tah kereta siapa pula yang kawan Man bawa ni pun Man tak tau. Takut kalau banyak tanya nanti, kena turun tepi jalan pula. Korang semua boleh layan gambar dalaman Myvi baru yang sempat Man tangkap tanpa pengetahuan pemandu ( boleh ke? ).

Bestnya serapan di Mc Donald

Macam mana? ada kelainan dengan Myvi lama? mestilah ada. Tapi kalau korang nak beli, korang fikirkan dulu apa yang korang hendak guna dengan apa yang korang beli tu. Kalau beli setakat untuk suka-suka,pastu guna duit parents, baik tak yah!

Borak punya borak, sampai sudah dekat Pantai Bagan Lalang. Punyalah ramai orang yang lepak tepi pantai petang semalam. Baru Man sedar yang semalam adalah hari ahad, memang ramailah orang.

Beberapa kali juga ktorang pusing-pusing cari tempat letak kereta yang sesuai dan selamat untuk park. Last-last, hujung dunia juga ktorang parking. Nasib baik ada kedai makan dekat situ so apa lagi jom melantak.

Ingatkan ktorang 3 orang sahaja yang akan lepak, rupanya ada lagi dua orang yang dalam perjalanan untuk sertai lepak petang dengan ktorang masa itu. Bertambah meriahlah lepak dihujung minggu kali ini. hehe. Korang layan gambar sahaja ye.

Kalau korang semua ada rancangan untuk datang ke Pantai Bagan Lalang ini, jangan lupa untuk roger Man ye. Boleh kita lepak sama sambil minum teh tarik berlatar belakangkan bunyi deruan Ombak.

Jangan lupa tengok yang ini pula

16 thoughts on “Lepak Di Bagan Lalang Dengan Myvi Baru

    1. sukacuka Post author

      yup harga memang bagus..hingga ada yang mengatakan bahawa harga kereta Malaysia yang dijual diluar negara jauh lebih murah berbanding di Malaysia sendiri.. oh dunia..

      Reply
  1. Hazmin Hamudin

    bila kereta dah cantik, kualiti dah bagus, tp harga pulak yang kurang bagus.. tu la dunia automotif kat malaysia ni..tax sana sini..by the way, bestnya lepak bagan lalang ni kan..

    Reply
  2. fasz

    sy pon pemilik myvi baru kaler kuning….i love my car so much……harta sy yg paling bsr wat maasa ni…alhamdulillah…..sukacuka nak naik ke? meh la…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>