Cara untuk promosikan blog

TIPS BLOGGING : Promosi blog

Cara untuk promosikan blogSemakin rancak pertumbuhan blog di Malaysia. Ada yang buat blog atas desakan pensyarah, ada yang buat blog disebabkan ingin mengembangkan perniagaan dan tidak terkecuali juga ada yang buat blog hanya untuk mendapatkan kepuasan.

Tapi korang mesti hampa bila blog yang korang bangunkan itu tidak mendapat sambutan seperti mana yang diharapkan. Oleh sebab itu, korang terus tidak berblogging dan terus menerus melayan game dekat Facebook tu. Disini Man ada kongsikan beberapa cara untuk korang semua promosikan blog korang.

  1. Blogwalking. Aktiviti ini sangat penting kerana dengan cara ini korang boleh berkenalan dengan ramai blogger di samping dapat cari idea untuk meningkatkan lagi blog korang sendiri.
  2. Tinggalkan jejak. Apa yang Man maksudkan disini adalah tinggalkan jejak secara berhemah  dan bukan dengan hanya tinggalkan jejak di Shoutmix dan sebagainya. Tidak salah untuk buat sedemikian, tapi adakah ianya akan member jaminan untuk korang datang kembali ke blog tersebut?
  3. Sertai contest/Giveaway dan sebagainya. Perkara ini yang paling seronok untuk dilakukan kerana disamping korang dapat mengetengahkan blog korang, korang juga dapat sesuatu yang berguna.Jika bernasib baik korang boleh menang hadiah juga.
  4. Letak link. Korang letakkan link korang dimana sahaja tempat yang sesuai agar orang tahu akan kewujudan blog korang. Jangan letak dekat dalam tandas sudahlah ye. Man tidak bertanggungjawab adai berlaku sesuatu diluar jangkaan kita sebagai Manusia.
  5. Buat contest/Giveaway dan sebagainya. Selain dari korang join contest orang lain. Korang juga boleh buat satu contest untuk menarik ramai blogger diluarsana singgah di blog korang. Biasanya, hadiah lumayan mesti ramai yang join.
  6. Ping blog. Baik sahaja korang tulis satu entri, korang pergi ping blog korang kat tempat sepatutnya baik group mahupun fanpage di facebook tu.Ada banyak tempat yang korang boleh ping entri korang.
Pondan oh Pondan

Apa yang Man senaraikan ini cuma beberapa sahaja cara-cara untuk korang semua ketengahkan blog korang sendiri. Yang selebihnya, korang akan tahu sendiri bila korang dalam jauh dalam dunia blogging ini. Happy blogging.

Jangan lupa tengok yang ini pula

27 thoughts on “TIPS BLOGGING : Promosi blog

  1. lazaac

    boleh gunapakai jgak tips ni… nak kena usaha lebih jer… yg paling penting niat berblogging tu.. ada berblogging utk kepuasan diri jer.. untung ngan famous blkg citer.. huhu..

    Reply
  2. muazfaris

    desakan pensyarah..? tak pernah dengar lagi setakat ni..

    eh, boleh tau tak, cara nak buat ‘pondan oh pondan’ kat blogspot??

    fb : muaz faris

    Reply
    1. sukacuka Post author

      tulisan biasa je tu..pastu masukan link dan centerkan dia..

      sebenarnya bukan desakan pensyarah tapi ada yang pensyarah suruh buat sebagai assignment.

      Reply
  3. Cikgu Hairul

    Letak url dalam tandas awam kalau berani la.. heheh, jangan dibuat ye. Sekarang ni trend orang letak url blog kat cermin kereta belakang. Design stiker lawa2 pastu upah la sesiapa yg nak.. sebulan sepoloh hengget.

    Reply
    1. sukacuka Post author

      ada banyak cara untuk ping blog.. ley ping dkt group blogger yang terdapat dalam FB. kalau yang untuk setting-writing-update service tu, susah sikit..sebab banyak sangat untuk Man senaraikan disini..ley add Man di FB ‘Kain putih’. Nanti Man bagi..

      Reply
  4. sya isya

    Bab promosi blog memang Sya teramatlah lemah. Ping blog pun malas. Huhu…blogwalking sangat jarang. Kalau ada pun, x sampai 10 blog sekali jalan. Sebab kalau masuk 1 1 blog tu, suka gali entri2 lain yg ada dalam blog tu. Huhu..

    Reply
    1. sukacuka Post author

      kalau tak sampai 10 blog pun tak pe..janji Sya isya konsistent dengan blog Sya singgah..mesti akan ada feedback yang menarik satu hari nanti.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>