Man dilempang cikgu

Kena lempang memang menyakitkan hati

Man dilempang cikguMinggu ni baru masuk minggu ke-2 sesi persekolahan bagi tahun 2012. Kalau korang masih lagi dialam persekolahan, apa yang korang tengah buat ketika dan waktu ini? Hari tu Man ada ceritakan tentang pengalaman Man kena denda disekolah semasa di sekolah rendah dulu. Hari ini Man nak cerita pula sewaktu Man kena lempang disekolah menengah pula.

Masa sekolah menengah, Man pernah jadi ketua kelas pada tingkatan 2. Kelas masa tu memang sempoi habis. Segala urusan Man serahkan kepada penolong. Maklumlah, ketua mana boleh buat kerja (sebenarnya malas). Tapi tak lama Man pegang jawatan tu dan Man lepaskan kat orang lain. Kejadian ini berlaku sewaktu pembelajaran matapelajaran sejarah berlangsung.

Korang minat sejarah? Man tak berapa minat tapi tak sangka time SPM dulu, ley skor baik punya. Tah apa ayat Man guna, rezeki namanya. Time belajar sejarah je mata Man mula la mengantuk yang teramat sangat ditambah pula dengan suasana yang panas.

Kenapa panas? kelas Man istimewa sikit, masa kelas sejarah je cikgu akan suruh letak kedua-dua tangan atas meja. Jangan harap korang nak tulis apa yang cikgu tu tengah sampaikan. Habis lengguh tangan ni ha.

Time-time tangan tengah lengguh ni, boleh pula ada awek lalu tepi kelas. Apa lagi, ramailah dak laki dok usya baik punya, yang perempuan pun tidak ketinggalan untuk usya kaum sejenis mereka. Man tak ley usya, sebab Man duduk depan sekali so Man ley usya papan hitam je la.

Dapatkan tips untuk wajah sentiasa berseri

Tah macam mana tengah budaknya duk jeling-jeling usya awek yang lalu, cikgu ley perasan pula. Apa lagi, naik la panas cikgu tu. Apa yang dia suruh buat ketika tu? dia suruh tutup semua tingkap kelas tu. Tu kira ok lagi sebab bolehlah kita orang fokus dengan pembelajaran yang sedang belangsung.

Tapi tetiba pula dia suruh tutup kipas. Time tu memang tak boleh belah, member yang kena suruh tutup kipas tu rasa berat je tangan macam ada emas pula. 5 minit berlalu tanpa kipas ok lagi, tapi lepas je dari tu, memang tak lah ktorang nak fokus.

Ada yang duk kipas diri sendiri dan yang paling kesian member yang berbadan besarlah. Da macam baru lepas lari 5 pusingan dekat padang tu. Man pun tak terkecuali. Panasnya tak terhingga.

Masa tengah panas-panas tu, mata boleh pula mengantuk tahap gaban. Man cuba tuk tahan tapi sampai saja satu tahap, Man terus terlelap. Sudahlah Man duduk paling depan, tidur pula tu peh memang mencabar kesabaran seorang guru yang sedang mengajar.

Pangg!! ada sesuatu yang singgah ke pipi mulus Man ini dengan kasarnya. Man yang masa tu hampir bermimpikan Maya karin datang rumah terus terjaga dan diam seribu bahasa. Memang sakit kena lempang dengan cikgu tu ha. Member semua diam je tengok tapi lepas je kelas sejarah tu, dorang duk bantai gelak tak ingat. Sabar je lar ye.

Sejak dari tu, Man langsung tak tidur masa dia ajar. Nasib baik masa form 3, dia tak ajar. Kalau masih ajar, mahu Man kena lempang lagi masa tu. Sampai sekarang Man masih ingat lagi peristiwa tu. Bila ada member cerita balik pasal peristiwa tu, mesti ktorang tergelak besar.

Jangan lupa tengok yang ini pula

13 thoughts on “Kena lempang memang menyakitkan hati

  1. Ckin Kembaq

    sy and kembar pun duk di dpan..mata ngantok..and penah cikgu ckp,

    “haish si kembaq ni….lena…”

    haha..malu tetap malu..tp smua org dah biasa..haha

    Reply
  2. Ckin Kembaq

    hampir satu kelas penah kena..ye la..ngantok la…pagi smpai malam bejalan..hehe kelas jauh, surau jauh, dwn mkn dkat sikit..tu penat…kat skolah, kalu tak penah ttdo, agak tipu la..smua penah kena..hehe

    Reply
  3. Akma

    samalah time sejarah je tido..tapi mase kat form 4la..pasal dok hostel..asyik2 ngantuk je..sib result ok..so cikgu sejarah tu takdelah marah sangat…hehe

    Reply
    1. sukacuka Post author

      memang ngntuk sangat kalau time sejarah..seingat saya, saya tak de buku nota sejarah..sume photostat, so bolehlah saya tidur time klas..hehe

      Reply
  4. Ada x oat yang sedap?

    dasyat cikgu hang…lelaki or pempuan?kalu pempuan lebih elok jgn dibuat bini.naya laki dia…laki dia ushar pempuan time drive ada dia suh tutup semua tingkap dengan aircond2 sekali tutup…paneh2…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>