Ombak Rindu review sukacuka.com

Ombak Rindu review

Hari ini merupakan hari kedua tayangan secara rasminya filem Ombak Rindu di pawagam yang berhampiran anda semua. Kepada sesiapa yang tidak tahu akan tarikh mula tayangan filem ini, di sini saya akan nyatakan iaitu pada 1 Disember 2011.

Filem Ombak Rindu ini merupakan sebuah filem adaptasi dari sebuah novel yang terkenal dikalangan penggemar novel diluar sana. Sudah semestinya peminat novel tersebut telah menyerbu pawagam bagi menonton filem ini.

Osman Ali merupakan pengarah bagi filem ini air mata hujung tahun ini. Filem ini dibintangi oleh muka-muka pelakon yang terkenal iaitu Maya karin sebagai izza, Aaron Aziz sebagai aaris, Bront Palarae sebagai mail dan Lisa Surihani sebagai mila. Ternyata barisan pelakon filem ini tidak menghampakan penonton.

  1. Setelah lebih kurang setengah jam filem ini ditayangkan, kebanyakan watak aaris dan Izzah yang dimainkan. Saya tertanya-tanya, bila watak lain akan masuk pula, dimana pula watak mila.
  2. Lampu kereta Aaris dihidupkan diwaktu siang? mesti ramai yang perasan. Mungkin pengarah ingin penonton perasan akan plat kereta yang digunakan itu. Bagi saya, pengarah boleh zoom sedikit dibahagian plat tersebut dari biar lampu terpasang.
  3. Watak Izzah sangat menarik. Jarang kita lihat wanita sebegitu masa kini.
  4. Kemunculan mila dilayar perak membuatkan saya tergelak kecil disebabkan gaya rambut beliau yang sangat kelakar.
  5. Masih ada lagi ibubapa yang menentukan jodoh anak mereka walhal mereka telah ada pilihan hati masing-masing.
  6. Watak Pak Dollah lakonan Zaidi Omar dan isterinya lakonan Normah Damanhuri membuatkan filem ini lebih menarikan dan sangat tersentu hati.
  7. Kesetiaan Aaris perlu menjadi ikon kepada pencinta wanita yang diluar sana.
  8. Pada mulanya saya beranggapan bahawa Mail akan menjadi pengacau dalam perkahwinan Aaris dan Izzah. Namun anggapan saya jauh meleset. Watak Mail merupakan watak yang mulia walaupun hati hancur pabila mengetahui bahawa Izzah telah berkahwin.

Kepada peminat filem tempatan diluar sana, filem ini merupakan filem penutup yang menarik bagi tahun ini. Pastinya kita semua mengharapkan bahawa tahun hadapan, filem yang dihasilkan lebih menarik dan meninggalkan kesan yang positif kepada para penonton nanti.

Kepada insan yang bawa anak kecil, sediakan susu secukupnya takut-takut nangis nanti. Baru saya hendak layan jiwa tadi, ada pula anak kecil nangis, hampir hilang mood dibuatnya. Tapi tidak mengapa, fokus tetep fokus.Secara jujurnya dan muktamadnya, filem ini saya berikan pungutan 4 bintang dari 5. Syabas! Anda pula bagaimana?

Jangan lupa tengok yang ini pula

15 thoughts on “Ombak Rindu review

  1. niza

    frust sangat tgok cite tu, dialog ntah pape tah.pelakon utama keras…cte tu cm bosan sangat…menyesal btol…
    :twisted:

    Reply
  2. niza

    xde pun pk cte akan same mcm novel…tp sekurang2nye susunlah cte tu dengan btol supaye nampak menarik.banyak adegan yang tergantung…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>