Sebelum apa yang terjadi, Man ingin memohon maaf jika Man tulis sedikit pasal agama didalam blog ini. Man sedar akan diri ini yang masih lagi tidak mempunyai ilmu yang banyak mengenai agama didada. Tapi rasanya tidak salah andai Man luahkan apa yang terpendam didalam hati ini.
Apa yang Man ingin katakan disini adalah mengenai barisan saf yang kita semua dirikan sewaktu menunaikan solat secara berjemaah. Sudah lama Man perhatikan dan Man sendiri lalui perkara ini. Saf yang dirikan ada ruang kosong antara kita dengan orang yang disebelah kita.
Ditambah pula jika kita sembahyang dimasjid mahupun surau yang mempunyai sejadah panjang yang diasingkan melalui petak-petak sendiri. Maksudnya, satu petak untuk satu orang. Bukankah Iman ada menyebut ‘lurus dan rapatkan saf’ tapi kenapa masih perlu kita ikutkan sangat sejadah yang terbentang dihadapan kita?
Kenapa ini semua berlaku? Bagi Man sendiri, ada dua perkara yang membuatkan Man sendiri akan merapatkan saf tersebut.
- Jika saf yang kita dirikan rapat tanpa ada sebarang ruang kosong, kita akan dapat satu tenaga yang luar biasa melalui sentuhan dengan orang sebelah. Ianya akan membuatkan kita lebih cergas. Tak percaya? cuba buat dulu ye.
- Kalau kita rapatkan saf, nampak sangat yang agama kita sangat kukuh dan pasti tidak ada pihak lain berani untuk mencabuli hak agama kita. Dengan melihat saf yang kukuh dan rapi, mereka boleh berundur.
Sekali lagi Man minta maaf andai apa yang Man tulis ini ada kecacatan. Sebenarnya ada banyak kelebihan lain mengenai mendirikan saf ini. Tapi secara jujurnya, Man tidak ingin tahu akan kelebihan-kelebihan ini takut-takut ibadah yang kita lakukan tidak ikhlas. Biarlah segala kebaikan tentang ibadah yang kita lakukan menjadi rahsia hingga hari kelak. Apa yang perlu kita tahu adalah akibat dan hukumannya.
Entiri kali ini Man tulis secara spontan sebaik sahaja melihat barisan saf yang didirikan semakin besar jaraknya. Oleh itu, mari kita sama-sama dirikan saf dengan betul. ‘Bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit‘ itu adalah yang sebaiknya. Suka dengan barisan saf yang didirikan pelajar di sebuah sekolah teknik yang pernah duduki dahulu.
terima kasih atas info nie bro, kekadang kita alpa dengan benda yang nampak mudah macam nie…
tapi memang kebiasaan dah kot orang2 kita yang smbahyang mst ada jarak siap boleh org lalu g… waAllahualam…
kadang-kadang ada gak tarik sikit orang sebelah tu tuk rapatkan saf, tapi mesti dorang akan rasa pelik pula. kalau saya rapatkan badan saya dengan dia, lagi dia pelik!. pening2!
Betul apa yg dicakapkan tu…kadang tu da cuit org sebelah suh rapat, tp dia tengok kita pelik pulak..bila renggang,syaitan akan mengisinya.dan 1 perkara lagi, jika saf tak rapat,maka sia-sialah sebab tak dapat pahala dah di situ..zaman Nabi dulu,ingat lagi,ada seorang ni ambil pedang dan leretkan di belakang tumit saf..siapa yang tak kena safnya, pasti terluka…
p/s : sekadar tambahan… ^_^
Lau ada kosong tu, lagi sukalah syaitan lalulalang. Thanks ye atas perkongsian ini.
entahlah, kekadang bila aku cuba rapat..orang sebelah beralih. mengelak..nak juga ada ruang. mungkin nak selesa..aku pun tak fahamm..ramai yang macam tu sekarang..nak jumpa yang sanggup berlaga siku..berlaga peha dan kaki..susah betul.
memang susah skrg nak jumpa yang macam tu..kat sini memang selesa, nanti kat sana macam mana? hairan betul la.
setuju ngan titan…perempuan pun sama gak…kalau nak rapat…orang sebelah alih…hurm…ramai masih tak faham
kita nak rapat, dorang lari..last2 da macam sembahyang sendiri/.
Pingback: Kiri Atau Kanan? | Sukacuka.com