SMM dota tournament 2011

iG juara dota SMM 2011

SMM dota tournament 2011 telah berlangsung selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Disember 2011 yang lalu. Sebanyak 32 kumpulan yang telah menyertai pertandingan ini dan semestinya mereka antara yang terhandal dan bukanynya calang-calang lawan.

Walaupun sedikit terkilan disebabkan ada lagi beberapa kumpulan yang cukup hebat tidak menyertai pertandingan kali ini, ianya tetap berlangsung dengan meriahnya. SMM dota tournament 2011 kali ini berlangsung di Mid Valley Extibition Center, Kuala Lumpur.

Seperti biasa, suasana disana cukup meriah lebih-lebih lagi ketika sedang berlangsungnya perlawanan. Saya juga salah seorang peminat Dota dan saya suka dengan semangat berpasukan yang ditunjukan oleh mereka.

Saya teruskan  penulisan ini keperlawanan akhir bagi SMM dota tournament 2011. Setelah menempuhi dan melepasi rintangan yang mencabar. Perlawanan akhir kali ini telah menemukan pasukan  iG ( invictus gaming ) vs Nirvana.cn.

Kedua-dua pasukan ini berasal dari China dan pastinya ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia. Berikut adalah ketika bahagian pick dan ban hero.

Nirvana.cn ban hero : Windrunner,Panda,Broodmother,Pugna,Gondar

Nirvana.cn pick hero : Lycan,Waever,Tinker,Witch,Lion

iG ban hero : Ancient Apparition,Anti Mage,Bat,Puck,Furion.

iG pick hero : Bear,Es,Beastmaster,Maiden,Invoker

Pelawanan yang berlangsung selama 53 minit ini penuh dengan debaran. Pemilihan hero yang sangat teliti ditunjukan kedua-dua kumpulan. iG berjaya mendapatkan First blood hasil kombinasi hebat antara Maiden dan Es di top lane.

Setalah beberapa kali gank dan push dilakukan akhirnya iG telah menjuarai kejuaraan penutup bagi dota 2011. Sudah pastinya ramai yang sedia menanti untuk pelancaran Dota 2 yang dikhabarkan akan dilancarkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Apapun, tahniah sekali lagi kepada iG atas kemenangan ini. Kerjasama meraka sangat bagus dan terbaik.

Jangan lupa tengok yang ini pula

4 thoughts on “iG juara dota SMM 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>