Gejala sosial remaja masa kini

Mungkin ini punca gejala sosial

Saban hari pasti kita semua akan dengar mahupun terbaca tentang kejatuhan akhlak dikalangan kanak-kanak ataupun remaja masa kini. Tambah terkilan lagi hati ini pabila dapat tahu yang ramai terlibat dalam gejala negatif ini adalah orang melayu yang dahulunya hebat menegakkan sesuatu yang salah

Namun kini semunya undur dan lebih suka berfoya-foya dijalanan dengan melakukan pelbagai perkara yang mendatangkan aib pada bangsa sendiri dan lebih teruk pada keluarga. Kemana lagi kita mahu pergi andai ini berterusan.

Tidak menafikan bahawa Man tidak pernah berfoya-foya. Adakalanya Man juga melepak tapi dengan tujuan yang mendatangkan faedah kepada diri Man mahupun orang lain. Man tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia, terutama lagi bila wujudnya blog ini.

Tapi, adakah kita semua sedar akan segala punca gejala sosial yang memalukan dan menjatuhkan akhlak disamping nama baik kita semua? Atau kita hanya tahu membatukan diri dari melakukan langkah-langkah yang sepatunya?

  1. Terdedah dengan budaya bebas. Ramai anak kecil dan remaja kini terdedah dengan pergaulan bebas yang boleh mendatangkan pelakuan yang tidak disangka seperti kes rogol,culik dan pembunuhan. Andai didikan tentang ini dipupuk sejak kecil, pasti tidak akan berlaku perkara sebegini.
  2. Rasa urban. Memang menjadi kegilaan remaja masa kini untuk kelihatan urban. Tidak terkecuali remaja pekan atau kampung yang sememangnya ingin kelihatan urban sepanjang masa dan berfikiran bahawa merekalah yang paling kacak atau cantik.
  3. Faktor ibu bapa. Ini merupakan faktor terbesar dan konteks gejala sosial dikalangan remaja. Ibubapa terlalu mengejar kemewahan duniawi hingga tanggungjawab untuk mendidik terabai.
  4. Penggunaan Akal. Andai akal yang diberikan diguna sebaik mungkin, pasti segala gejala sosial tidak menjadi masalah berat masa kini. Namun apa yang berlaku kini tidak seperti mana yang diharapkan.
  5. Faktor rakan. Pemilihan rakan sangat penting untuk mencorak masa hadapan yang lebih terjamin. Ramai remaja masa kini terjebak dengan gejala sosial disebabkan oleh ajakan rakan.
  6. Kekasih hati. Tidak terkecuali dari punca gejala sosial. Kini ramai remaja bertindak hasil dari desakan orang yang kononnya mencintai diri ini seadanya. Dengan itu, tidakan yang dilakukan lebih lancar berbanding desakan dari keluarga.
  7. Media massa. Media lebih gemar menyiarkan rancangan yang tidak mendatangkan faedah berbanding dengan rancangan yang dapat menguji minda yang masih muda.
  8. Tidak baca blog ini.!

Mungkin ada banyak lagi isi yang boleh dikongsi bersama andai isi yang Man senaraikan diatas tidak cukup. Kepada silent reader, jomlah tinggalkan komen agar Man kita dapat bertukar-tukar pendapat.

Ditulis khas oleh Man.

Jangan lupa tengok yang ini pula

7 thoughts on “Mungkin ini punca gejala sosial

  1. eiyja

    ibubapa terlalu memberikan kepercayaan kepada anak..
    sehingga anak tiada rasa takut untuk melakukan sesuatu..
    ibubapa lupa untuk memantau aktiviti anak! sibuk mengejar dunia.anak rasa terabai… :(

    Reply
  2. vino

    ibubapa perlulah bertindak wajar supaya tidak membebaskan mereka tanpa memperhatikan perbuatan mereka……

    Reply
  3. eyza

    rasenye kekasih aty lgi terok pngruhnye… sbnonye, pape hal, didi sndri yg msti brswpda…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>