malunya bawa air kosong

Kenapa melayu tidak suka bawa air minuman

Entiri kali ini ditulis bertemankan lagu baru dari Yuna iaitu Penakut. Lagu yang penuh dengan Emosi. Pada mulanya lagu ini saya anggap seperti lagu lain yang kebanyakannya mengarut. Tapi pabila dihayati liriknya, penuh dengan isi yang selama ini kita lalui.

Berbalik pada tajuk kita pada kali ini,saya ingin berkongsikan pandangan saya terhadap apa yang saya lihat dan lalui disamping itu, saya inginkan pandangan anda semua agar ada perbincangan dua hala yang pastinya menarik.

Sejak dari bangku sekolah lagi saya telah perasa akan perkara ini. Ramai anak cina dan india pergi sekolah berbekalkan air minuman atau bahasa mudahnya adalah air kosong. Tidak seperti anak melayu yang hanya tahu bawa beg kosong (buku semua tinggal dekat sekolah).

Bukankah banyak kebaikan jika minum air kosong untuk badan kita? Saya juga pernah menjadi seorang pelajar dan membawa air kosong kesekolah memang menjadi rutin harian saya sehinggakan rakan-rakan lain inginkan air yang saya bawa. Jika habis, sudah pasti makcik kantin menjadi tempat mengharapkan sedikit air.

Antara kebaikan air kosong adalah :

  1. Baik untuk sendi-sendi tubuh badan kita
  2. Melancarkan ginjal untuk melakukan tugasnya
  3. Tidak mengandungi kandungan yang merbahaya kepada tubuh
  4. Mudah didapati
  5. Membuang kotoran yang terdapat didalam badan
  6. Dan banyak lagi

Banyak juga kebaikan minum air kosong rupanya. Tapi kenapa orang melayu malu untuk bawa air kosong baik ketempat kerja mahupun sekolah. Kena bayar ke jikalau bawa air kosong? tidak bukan.  Tapi kenapa? Saya ada pandangan tersendiri kenapa orang melayu malu untuk bawa air kosong.

  1. Jika bawa air, pastinya diletakan didalam botol dan botol tersebut perlu dipegang atau pun diletakan didalam beg. Orang melayu kini tidak suka perkara yang melecehkan ini semua. Malas pegang dan tidak mahu memberatkan beg menjadi punca kenapa tidak mahu bawa air kosong.
  2. Berasa malu jika bawa air. Pemikiran ini perlu dibuang jauh-jauh. Mana anda ingin pilih, adakah malu jika bawa air atau pun malu jika anda jatuh sakit disebabkan kurangnya kandungan air bersih didalam badan? fikir dan renung-renungkan.
  3. Tiada botol air juga boleh dijadikan alasan kenapa dewasa kini ramai orang melayu tidak bawa air kosong. Mustahil kalau tiada botol air. Kalau beli air pepsi dalam botol, simpan botolnya jika sudah habis agar boleh dijadikan tempat mengisi air kosong. Maka tiada lagi alasan tiada botol air.
  4. Mengharapkan orang lain untuk bawa air kosong. Ini lagi satu perkara yang saya sendiri tidak gemari. Orang lain bersusah payah, orang lain dapat senang. Bertimbang rasa sedikit orang lain. Orang lain bawa air sebab tidak mampu beli air mahal di kantin. Datang pula orang yang tidak bertimbang rasa ini menghabiskan air tersebut.
  5. Tiada sumber air kosong. Maklumlah, hidup semakin mewah dan maju. Air kosong dianggap miskin dan tiada kelas. Sedar atau tidak semua air yang diminum di buat dari air kosong asasnya.

Banyak lagi sebab kenapa orang melayu tidak suka bawa air minuman. Kita digalakan untuk minum 8 gelas air kosong setiap hari untuk menyihatkan tubuh kita semua amnya. Mari kita buang rasa malu dan sebagainya untuk menuju hidup yang lebih sihat dan terjamin.

psstt : Air kosong yang dimaksudkan adalah air yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Suam-suam kuku lebih kurang.

Jangan lupa tengok yang ini pula

12 thoughts on “Kenapa melayu tidak suka bawa air minuman

      1. eiyja

        yup! setuju sangat! sebenarnya orang melayu sombong! malu nak bawa air kosong padahal itu bukanlah sesuatu yang memalukan..

        Reply
  1. aku melayu

    -asal yang buruk-buruk itu melayu,–asal wajah macam beruk, itu melayu,—asal pemakan tahi,– itu melayu– asal perampok itu melayu,– asal malas!!! siapa lagi kalau bukan melayu,– pukimak mak kalian, lubang dubur kalian tuh bau semua ngak ada beda dengan melayu, kalianlah IBLIS sebenar-benarnya IBLIS, kalian ini adalah PENGHIANAT MELAYU, AKU YAKIN mak bapak kalain itu bukanlah keturunan melayu asli, saya orang melayu sudah muak dengan kalian ini semua, terkutuklah kalian bangsa yang pura-pura melayu dan menusuk melayu dari dalam, yang sebenarnya BANGSA bermuka BERUK itu kalian. KALIAN ini manusia terkutuk. melayu itu sedikit, yang sekarang ini yang ada adalah melayu asimilasi, yakni mengaku melayu tapi DARI KETURUNAN bukan orang melayu. SETAN KALIAN YANG BUKAN MELAYU. terkutuklah kalian PENGHIANAT MELAYU. :twisted:

    Reply
  2. oppa

    orang atass….hey, kau tu orang melayu tapi dah memalukan bangsa melayu sebab perkataan dan bahasa kau kurang ajar ya.. orang melayu tak kurang ajar macam kau. kau ni bukan orang melayu, kau ni orang HANTU! hahaha :D

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>