Sepuluh jari disusun tanda kemaafan kepada pembaca setia (ada ke?) blog Man ni sebab lama tidak berupdate. Bukan kerna Man sudah tidak berminat dalam bidang ini, cuma nafsu untuk menaip panjang hilang tah kemana sejak belakangan ini. Akhirnya nafsu tersebut hadir walaupun tidak sepenuhnya.
Hari ini Man hendak kongsikan cerita AL-HIJAB arahan pengarah muda yang berbakat besar dalam bidang penyiaran ini iaitu Pierre Andre. Sebenarnya Man baru sahaja pulang dari Johor, tempat lahir Man pada tahun 1991 dulu. Setelah 11 tahun Man meninggalkan negeri Johor, Man pergi dan banyak perubahan dilakukan. Balik sahaja dari Johor, Man terus tonton filem ini. Harap korang boleh terima apa yang Man tulis ini. Maklumlah, tengok wayang ketika ngantuk memang payah.
1.Unsur cerita.
Cerita Al-Hijab berunsurkan seram yang teramat sangat. Kepada ibu yang sedang mengandung, harap dapat bersallin terlebih dahulu sebelum menonton filem ini. Hantu-hantu dalam filem ini juga boleh diterima akal yang waras tidak seperti didalam sesetengah filem seram yang lain.
2. Watak.
Bercerita mengenai watak pula, watak dalam filem ini tidak begitu ramai, maklumlah filem seram mesti tak ramai pelakon, kalau hantu ramai tu sudah semestinya. Pierre sendiri telah melakonkan watak utama dan hasilnya memang kena dengan unsur cerita tersebut. 3 watak sampingan iaitu pemandu lori dan 2 kelindan telah memberi sedikit hilai tawa kepada penonton. Ternyata lakonan mereka bertiga membuahkan hasil. Nada suara bagi heroin filem ini pula tidak begitu sesuai dengan cerita ini.
3. Jalan cerita.
Korang semua sedia maklum dengan jalan cerita yang diarahkan Pierre. Jalan cerita yang perlahan dan penuh dengan debaran memang sinomin dengan Pierre. Disebabkan filem ini berunsur seram, maka penonton boleh terima dengan jalan cerita yang pelahan. Kalau laju, mau nya sakit jantung penonton.
4.Kesilapan.
Kesilapan bagi filem ini yang Man perasan adalah, pakaian basah yang dipakai Pierre ketika hujan lebat luar rumah. Baju yang basah kuyup kelihatan sedikit kering ketika beliau berada didapur untuk membuat air panas buat hantu yang menyamar sebagai kekasih hati beliau.
Harap korang terhibur atas apa yang Man kongsikan ini. Kalau ada silapdan salah, korang boleh nyatakan dibahagia komen nanti. Sesungguhnya Man sedia terima teguran yang diberikan. Maaf sebab blog ini lama tidak berupdate.
haha…suka betul adegan 3 orang bawak lori tu….memang kelakar….kitorang pun ada wat review gak…jemput singgah…=)
tidak menafikan. Watak tersebut memang hidup. Terbaik la.!!!
tak dapat bayangkan camna kehidupan pierre selepas dia buka hijab dia tu..tak ble di tutup da..arrgghh..seraamm!
ley nampak hantu..yah!