Hari ini man ingin sambung tentang apa yang telah man tulis dulu mengenai KFC. Kalau korang hendak baca apa yang man tulis sebelum ini, korang boleh klik sini untuk baca dengan tentang dan aman. Malam ini tercatatlah sambungannya.
Rasanya tidak perlu lagi man terangkan apa itu KFC. Sememangnya KFC merupakan makanan segera yang terkenal sejak dahulu lagi. Tidak nafikan, man juga merupakan salah seorang peminat KFC. Tapi korang tahu tak setiap benda yang terdapat didalam sesebuah bangunan KFC samada barang mahupun makanan mempunyai jangka hayat masing-masing.
Kita mulakan dengan ayam yang sememangnya menu utama yang terdapat di dalam menu KFC. Baik ayam original mahupun spicy, jangka hayatnya adalah 1jam sahaja. Jika sudah lebih, ayam tersebut akan dibuang. Kenapa 1jam? hanya dalam tempoh tersebut suhu ayam berada ditahap yang selamat. Selepas itu, bakteria akan merebak.
Anda suka makan Cheesy Wedges keluaran KFC bukan? ianya sangat enak, sambil dihiasi dengan mayo dan chess. Korang tahu tak wedges tersebut hanya mampu bertahan selama 15 minit selepas dimasak? Nasib yang sama akan dilalui oleh wedges seperti ayam pabila lebih dari masa yang ditetapkan. BUANG!!
Chees yang dihidangkan bersama wedges tadi, mampu bertahan selama 8jam. Kepada yang loya dengan chees, boleh minta diasingkan chees dari wedges pabila order dilakukan. Mayo pula boleh bertahan selama 12 jam selepas diletakan dibekas khas untuk digunakan.
Tahu apa itu Coleslaw? sayur yang bercampur dengan mayo tu lah. Coleslaw boleh didapati dengan set menu snack plate mahupun dinner plate. Korang juga boleh beli secara ala-carte. Coleslaw boleh bertahan selama 8 jam selepas dibuka dari plastiknya.
Apa pula Mashed potato? mashed potato datang sekali dengan coleslaw dalam hidang snack plate mahupun dinner. Mashed potato dicampur dengan kuah yang dipanggil Gravy. Tapi macam mana pula jangka hayat kedua-dua hidangan ini? Mashed potato dan gravy yang belum dicampur, boleh bertahan semalam 4jam. Jika sudah bercampur, hanya bertahan selama 2 jam sahaja. Mashed potato sangat sesuai untuk bayi korang yang comel lagi gebu. Bagi man cubit please.!!!
Cukup dulu apa yang tersenarai diatas. Nanti man akan sambung kembali.Harap korang semua sabar menanti dan man ucapakan ribuan terima kasih sebab sudi baca. Kepada sesiapa yang belum baca apa yang man tulis sebelum ini tentang KFC, korang boleh pergi baca dahulu.
wow.. bru tau nie. nice ^^~
Aku masa keje kat piza pun sama. Kalo amik food handling class dia ada terangkan. X payah risau sbb fastfood biasanya diletakkan ditempat yg membantutkan bakteria. cth mcm ayam kfc tu dia letak dlm almari yang ada lampu.
nice info..
masa kecik dulu termakan coleslaw basi.. Kesannya, sampai sekarang takleh telan coleslaw..
huhu..jadi, lepas beli. Makan cepat-cepat..
baru kena dgn nama, fast food.
yeke cam gitu..baru tahu ni..ishh..tak rugi ker KFC wat camtu..man dpt mana info ni?..menarik..
jom sertai giveaway “kasih salina”
mana man dapat sume info ni? Lina kena baca part 1 dlu..bru tau..
Klau nak kerja kfc ni kne amik injection dulu ye’?