KFC

Pembongkaran Tentang ‘Rahsia’ KFC

Salam guys. Walaupun blog ini masih lagi dalam pembinaan yang tidak siap-siap, man hendak juga menulis sesuatu setelah beberapa hari tiada apa-apa post yang keluarkan. Oleh yang demikian, niat untuk menulis memang tengah membuak-buak. Sudah macam air yang melimpah dari tempayan yang kecil.

Ok, cukup bab merepek merapu ni. Hari ini man nak cerita tentang pengalaman man bekerja sebagai pekerja KFC ataupun Kentucky Fried Chicken yang cukup terkenal dengan ramuan ayamnya dan pelbagai lagi hidangan sampingan yang begitu mengasyikkan jiwa yang sedang kelaparan.

KFC LCCT merupakan tempat pertama man bekerja dalam satu company. Kalau korang semua pergi LCCT, singgahlah kfc sana sekali.Man mula kerja di KFC pada hujung tahun 2008 iaitu seminggu selepas kertas akhir SPM yang man duduki. Bosan duduk rumah, man pergilah cari kerja di sana. Alhamdulillah, proses penggambilan berjalan lancar. Secara jujurnya, itulah pekerjaan pertama man. Sebelum ini kerja tolong ayah dengan mak, pernah juga tolong pakcik dekat kebun nenas. Tapi yang formalnya di KFC lah.

Kemasukkan man boleh diterima kesemua pekerja KFC disitu. Maklumlah, kesemua pekerja KFC kena ceria walaupun tertekan. Kalau da tak dapat tahan tekanan tu, boleh pergi cold room ataupun freezer room untuk jerit sekuat hari.

Kerja di KFC ni memang banyak prosedur dari korang punch card masuk sampailah korang punch card keluar. Tapi sebelum tu, bagi man sedikit waktu untuk menerangkan department yang terdapat didalam sesebuah KFC yang perlu dilalui oleh setiap pekerja KFC sebelum dinaikkan pangkat yang tinggi.

Service department. Tengok dari nama pun da tau apa fungsi department ni. Department ni untuk serve costumer yang datang dan dorang akan layan korang dengan prosedur yang begitu mengasyikkan sanubari mu. Macam mana akan dorang buat? senang je, macam yang man senaraikan dekat bawah ini ( yang buat ni adalah cashsier) ;

  • Yakin pada diri dan tenang dengan segala karenah costumer yang datang.
  • Ucapkan ‘selamat datang ke KFC LCCT ( lain tempat lain nama ) sambil tangan kanan diletakkan didada dan diiringi dengan senyuman yang semanis kurma. haha

Kadang-kadang tu, man ajak borak sekejap kalau tak sibuklah. Tanya khabar, dari mana nak kemana dan banyak lagi soalan yang boleh man tanya. Ramai costumer banyaklah ragamnya, pernah juga man tertekan sangat, sampaikan man tinggalkan counter tu korang buat seketika untuk man menjerit dekat dalam freezer room. Walaupun man tinggalkan counter tu kosong dengan ramai costumer yang menuggu untuk man layan, masih ada insan yang faham apa yang man rasa. Costumer tu siap cakap ‘ dik, da ok belum? sabar ya dik. Boleh ambil order abang?’ dengan nada yang perlahan dan abang tu siap borak dengan man seketika untuk man hilangkan tension man ketika itu. Berbalik kepada department ini, department ini bukan hanya diwakili oleh cashsier sahaja tapi pekerja yang bersihkan meja dan clearkan plate anda semasa anda makan juga di dalam ini department. Korang yang datang KFC, jangan halang kerja dorang dan jangan maki-maki semua itu. Kalau ada apa-apa yang tidak puas hati, terus jumpa pengurus atau buat aduan ke head KFC.

Ada juga Back-up department dalam KFC. Kalau da nama back-up, kena cover semuakan. Itu lah kerja Back-up. Back-up merupakan department yang paling mencabar. Kenapa pula man cakap macam tu? Ini disebabkan back-up kena pastikan segala product sentiasa ada dan masih di dalam keadaan yang baik dan selamat. Bukan itu sahaja back-up juga kena menyediakan apa yang cashsier order. Mesti korang pernah dengar cashier jerit semasa orderkan? macam ‘one chezzy wedges‘ dan macam-macam lagi. KFC tidak ada mesin macam mc’D atas sebab, ingin mengekalkan suasana ceria mereka dan ingin setiap pekerja sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.

Back-up juga perlu order barang. Bukan hanya cashsier sahaja. Back-up akan order kepada cook department yang sentiasa menanti order dari back-up. Setiap makanan didalam KFC ada had masanya dan jika sudah sampai masanya, makanan tersebut akan dibuang dengan serta merta. Ini semua kerana hanya untuk memberi makanan yang terbaik dan mengelakkan makanan dijangkiti bakteria yang tidak elok bagi badan.Kebanyakan had masa akan dijaga oleh department ini. Bab had masa tu, post yang lain man akan ceritakan.

Akhir sekali adalah Cook department. Cook adalah nyawa segalanya. Jika tiada cook, maka KFC nak jual apa ye. Mesti korang semua pernah makan KFC kan. Macam mana rasanya? pernah cuba buat tepung? Ramuan KFC sangat terjaga, segala rempah yang digunakan dijaga rapi. Semuanya telah tersedia dan pabila sampai di sesebuah outlet KFC, hanyalah tepung yang seakan sama dengan tepung lain.

PERHATIAN.!!

Yang atas tu da baca habiskan. So, sekarang bab yang penting. Segalanya tentang pengurusan makanan di dalam KFC. Sebaik sahaja seorang pekerja KFC masuk kerja. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah, basuh tangan dengan sabun dan bilas dengan air bersih di sebuah sinki khas yang disediakan ditiap-tiap outlet KFC. Bukan tempat basuh tangan yang costumer guna tu ye, ini dekat dalam.

Selapas itu, bermulalah kerja seorang pekerja KFC. Setiap pekerja KFC yang memegang hidung atau mulut, kena basuh tangan. Kalau yang selesema tu, memang banyak kalilah ulang-alik. Bukan itu sahaja, jika mengambil barang dari lantai, menyapu atau mengemop, buang sampah, sebelum pergi tandas dan sekembalinya dari tandas semuanya kena basuh tangan bagi tidak mengelakan tiada penyebaran bakteria.

Semua department akan mempunyai kain untuk mengendalikan makanan. Kain yang diberi akan di pegang oleh pekerja atau pun di rendam didalam air khas. Kalau nak guna, kena perah kain tu dulu. Kain tersebut tidak boleh diletak merata-rata kerana bakteria yang begitu degil untuk merosakan makanan.

Lantai KFC hendaklah sentiasa kering walaupun ada setitik air. Cook department paling susah bab ni. Walaupun begitu, pekerja kena juga lakukan. Ada air, kena mop pastu basuh tangan. Memang jaga kebersihan betul.

Lagi satu, kalau korang pergi KFC, dan tengok pekerja dia yang tengah kerja, duk menayang apron yang penuh tepung tu, terus je sound secara elok. Buat hilang selera sahaja. Man kerja dengan seorang orang lama cook, dia memang pembersih. Seluar man kotor sedikit dengan tepung, tapi dia bersih bah kan kasutnya juga sentiasa kilat sepanjang kerja. Kalau da terlalu serabut, dia akan pergi ke tanda untuk makeup sikit. Selepas tu, man pun ikut cara dia dan bila ktorang jaga cook department bersama, memang sentiasa bersih dan masing-masing tahu memainkan peranan sendiri.

Baru-baru ini ada tersebar video seorang pekerja KFC yang biadap yang balasanya akan tiba kepada dia. Tapi tindakan telah diambil oleh pengurus operasi KFC. Oleh yang demikan, kepada anda semua yang ingin pergi makan KFC tu, teruskan sahaja niat anda.

Ada sesiapa boleh bantu saya dalam wordpress? tinggalkan komen please.

Update 11.7.2011 pada jam 0009

Mungkin sekarang KFC akan menyimpan kesemua telefon bimbit berkamera yang digunakan oleh pekerjanya.

 

Jangan lupa tengok yang ini pula

21 thoughts on “Pembongkaran Tentang ‘Rahsia’ KFC

  1. azriMy

    wah bestnya ada pengalaman kerja dengan KFC, entri ni pun menarik sebab penjelasan yang details dan bahasa yang menarik.. teruskan blogging begini ya..

    Reply
  2. gurl

    buzzer(dinning),cashier,back-up,cook…semua da merasa…training jd shift manager tp x abes cOz sambung study..overall mmg kfc tempat keje paling tention setakat nih…huhu

    Reply
  3. Faizal

    tapi skunk Ayam KFC tak macam dulu … kurang sedap yang original, kecil dan hitam (kalau ikutkan store KFC di Kangar la…) yang spicy masih ok dan sedap. Kalau melawat perlis kedua dua restoran di Kangar memang x sedap ayam original dia dan semakin lama semakin kecik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>