Selamat hari rabu semua. Apa yang korang buat petang-petang rabu macam ini? Mesti diantara kita ada yang pergi tonton yang bersama orang yang tersayang. Maklumlah harga tiket wayangkan murah hari ini. Tapi apa cerita yang menarik sedang ditayangkan di panggung wayang yang terbina indah di Malaysia sekarang ini? Agak lama juga man tidak pergi wayang untuk menonton sesuatu cerita yang menarik hati ini.
Kali terakhir man pergi tengok wayang,man tengok cerita KL Gangster. Sedia maklum, kutipan kasar KL Gangster mencecah 12 juta ringgit Malaysia. Kutipan tersebut merupakan kutipan tertinggi yang pernah dicatatkan di dalam sejarah perfileman Malaysia. Tapi, korang semua ada fikir tentang kutipan Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU studio yang turut ditayangkan di luar negara? sama-sama kita fikirkan.
Artikel kali ini, agak ringkas tapi man tetap selitkan sedikit pengisian tidak kira 1 ayat mahupun satu perenggan. Pagi tadi, masa man tengah membelek setiap helaian yang ada didalam surat khabar untuk mengetahui perkembangan semasa, man terjumpa gambar ini:
Agak lucah lucu pun ada. Tapi, itu barulah Harimau Malaya yang membaham singa. Gambar tersebut diambil ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Singapura pada tahun 2008. Bertapa semangatnya pemain Malaysia untuk mendapatkan bola. Harap, pada pertemuan sabtu ini menentang Singapura, Malaysia dapat menewaskan pasukan Singapura sekaligus memadam keegoan mereka selama ini. Sedikit pengumuman untuk peminat bola sepak tanah air, pemain import akan dibenarkan kembali pada musim hadapan dan liga Singapura akan bergabung kembali dengan piala Malaysia selepas 17 tahun. Ini bertujuan untuk merancakan lagi piala Malaysia
Dengan langkah itu pasukan Singapura akan menyertai kejohanan Liga Super Malaysia dan Piala FA mulai tahun depan. Setelah lebih 70 tahun mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura memutuskan untuk tidak lagi menyertai kejohanan Piala Malaysia bermula 1995. Keputusan dibuat ekoran beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara FAS dan FAM. Singapura memenangi Piala Malaysia terakhir bagi mereka pada 1994.
Pasukan negara jiran selatan itu akan terdiri daripada pemain-pemain bawah umur 23 tahun dan hanya lima pemain berusia 23 tahun ke atas. Ia juga akan terdiri dari pemain-pemain luar negara berdasarkan kuota dibenarkan oleh peraturan pertandingan. Dengan keputusan republik itu, pasukan Harimau Malaya akan yang terdiri daripada pemain-pemain bawah 23 tahun akan mengambil bahagian dalam Liga-S.
Untuk pemain import seperti mana yang man cakapkan diatas, setiap pasukan dibenarkan untuk mengambil dua pemain import. Namun begitu, ada klasifikasi yang telah ditetapkan bagi pengambilan pemain import iaitu :
- Pemain import dari negara-negara Asean dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu.
- Dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika pemain perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua.
Pengambilan pemain import bukanya wajib dan hanya terbuka kepada persatuan yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja bagi mengelakan pembayaran gaji yang tertunggak seperti yang pernah terjadi sebelum ini.
Ah, rasanya artikel ini bukannya ringkas. Di penghujung artikel ini, Man nak minta pendangan pembaca tentang hukuman yang mungkin dikenakan kepada seorang bapa yang memukul anaknya dengan besi dikenakan hukuman penjara 20 tahun.
