Bersih

Bahayanya BERSIH

Seperti mana yang semua maklum, perhimpunan haram yang diberi nama perhimpunan BERSIH  akan diadakan pada 9 julai 2011 atau yang lebih terperinci, pada esok hari. Apa itu BERSIH? BERSIH adalah gabungan pilihanraya bersih dan adil. Selama ini tidak adil ke? pelik je nama dia sehingga terbitnya nama itu.

Tapi bukan nama yang man nak bahaskan disini tapi apa yang terdapat di dalam ‘BERSIH’ dan apa yang mereka mahukan. Apa yang man tahu, ada 8 perkara yang mereka minta sempena pilihanraya yang akan datang. Berikut adalah apa yang mereka mahukan.

Membersihkan senarai pengundi.

Ini kerana, masih ada pengundi yang telah mati ada di dalam senarai pengundi dan ada pengundi yang berdaftar di dalam satu alamat ataupun alamat yang tidak wujud lagi. Semakan ini perlu diadakan untuk mengelakan adanya ‘pengundi hantu’ yang sering kali kita dengari ketika pilihanraya sampaikan man sendiri naik bosan mendengarnya. BERSIH juga ini pihak SPR berdaftar sebagai pengundi bagi mengelakan penyelewengan.

Pembaharuan pos undi.

Sedia maklum yang pos undi ini sangat penting untuk rakyat yang berada diluar negara atau rakyat yang berada di dalam negara tetapi tidak dapat hadir atas sebab tugas seperti askar,polis dan petugas lain yang menjaga proses pemilihan. Tetapi, mereka yang tidak bertugas, perlu hadir seperti pengundi yang lain untuk mengundi. Proses ini mestilah telus dan ejen setiap parti perlu memantau keseluruhan proses pembuangan undi melalui pos.

Penggunaan dakwat.

Penggunaan dakwat kekal sangat dititik beratkan bagi mengelakkan penyelewengan ketika proses pembuangan undi. Pada tahun 2007, pihak SPR telah mencadangkan penggunaan dakwat kekal, namun menarik balik cadangan tersebut disaat-saat akhir sebelum pembuangan undi dilakukan atas sebab sabotaj. BERSIH mencadangkan penggunaan dakwat kekal ini untuk mengelakan penipuan ketiak pembuangan undi nanti.

Tempoh minima berkempen selama 21 hari.

Itulah tuntutan BERSIH dengan alasan, untuk memberi pengundi masa yang lebih panjang untuk memilih dan berbincang parti mana yang akan mereka pilih semasa pilihanraya nanti.Bukan itu sahaja, tempoh yang panjang juga akan memberi ruang kepada calon-calon untuk menyebarkan ideologi mereka.Pada tahun 1955,tempoh berkempen yang diberikan adalah selama 45 hari namun begitu jumlah hari semakin kurang pada tahun 2008 dengan hanya 8 hari sahaja untuk berkempen.

Akses kepada media yang adil dan bebas.

BERSIH menyeru, pihak media bersikap adil dan tidak hanya berpihak pada sebelah pihak sahaja terutamanya media yang dibiayai oleh kerajaan.

Kepentingan institusi awam.

Institusi awam perlulah bebas dan adil dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan demokrasi.Institusi awam mesti bertindak secara bebas dan adil dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam sebagaimana Badan Kehakiman, Peguam Negara, Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan SPR perlu distruktur semula untuk bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.Secara khususnya, SPR mestilah melaksanakan kewajipan perlembagaan untuk bertindak secara bebas dan saksama untuk menikmati keyakinan orang ramai. SPR tidak boleh terus mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut undang-undang yang memperuntukkan kuasa yang mencukupi untuk memulakan suatu sistem pilihan raya yang boleh dipercayai.

Hentikan rasuah. 

Rasuah adalah satu penyakit yang telah menjangkiti setiap aspek kehidupan di Malaysia.BERSIH 2.0 dan permintaan rakyat untuk menamatkan semua bentuk rasuah. Usaha-usaha semasa untuk membasmi rasuah adalah token semata-mata untuk memuaskan hati mereka rungutan daripada orang ramai.BERSIH menuntut tindakan serius diambil terhadap semua tuduhan rasuah, termasuk membeli undi.

Hentikan politik kotor.
yang ini, man malas nak tulis.
Tapi, apa kita semua setuju dengan permintaan ini semua? Fikirkan semual. Tempoh berkempen yang lama.KOrang semua ingat lagi peristiwa 13 mei? mesti ingat, tak kan peristiwa berdarah itu berulang kembali.Bila tempoh yang diberikan terlalu panjang, isu perkauman digunakan sehingga berlakunya pergaduhan disana sini.Undilah dengan tepat.Jangan hanya mengikut orang lain kerana undi itu rahsia.

Jangan lupa tengok yang ini pula

4 thoughts on “Bahayanya BERSIH

  1. padlie

    Perhimpunan ni tak memberi sebarang manfaat pun. Kita rugi dari segi tenaga dan wang ringgit.. Dah la inflasi makin teruk sejak setahun yang lalu, kita membazir lak.

    Berkenaan tuntutan mereka, adalah wajar jika ia dikemukakan secara lebih berhemah. Memang ada ruang untuk kerajaan kita perbaiki keadaan sekarang.

    Kalau kita lihat sekarang kecoh isu 88 pengundi dalam sebuah rumah. Kenapa isu ni timbul. Ia tak logik, tapi bila saya check senarai melalui daftar pemilih SPR, memang ia betul berlaku. Mustahil 88 orang berlainan bangsa tinggal di rumah yang sama.

    Isu undi pos pun masih banyak kelonggaran berlaku terutama untuk tentera dan polis. Berkenaan rasuah pun, kerajaan patut ambil iktibar kenapa Corruption Perceptual Index Malaysia merosot sejak lima tahun lalu. Wajarkah ia dibiarkan terus merosot tahun ni?

    Kalau kita buang politik dalam isu ni, ada baiknya juga tuntutan2 tu. Tapi bila dipolitikkan, yang berpecah, rakyat kita. Yang susah pun rakyat kita.

    Reply
  2. Man

    mungkin komentar diatas salah faham…
    Bersih 2.0 spttnya diadakan di Stadium.
    tp bler mrk dan juga saya nk gerak ke stadium, kami dtahan dan disekat, so mcm mne la x jd perhimpunan jalanan. so kita bleh renungkan pihak mner yg salah disini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>